fbpx
Now Reading
“Aku Kahwin Terlalu Cepat” – Zarina Anjoulie Dedah Punca Penceraian [Video]

“Aku Kahwin Terlalu Cepat” – Zarina Anjoulie Dedah Punca Penceraian [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Peminat dunia hiburan pagi tadi dikejutkan dengan hantaran yang dimuat pelakon Zarina Anjoulie di laman instagramnya yang mendakwa dia sudah bercerai.

Peminat dunia hiburan pagi tadi dikejutkan dengan hantaran yang dimuat pelakon Zarina Anjoulie di laman instagramnya yang mendakwa dia sudah bercerai.

Dia tidak lama kemudiannya muncul menerusi satu IG Live mempromosikan satu produk kesihatan menyebabkan ruangan komen disana diasak dengan pelbagai soalan mengenai status nya.

Sudah tidak sehaluan

Terbaru Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju mengesahkan yang dia sudahpun bercerai dengan suamiya Eilyas Azhar.

Menurut Anju, keputusan itu dilakukan olehnya kerana dia merasakan dia dan Yas sudah tidak sehaluan.

Dia dalam masa sama turut menjelaskan tiada sebarang perkara yang buruk terjadi sebaliknya penceraian itu adalah keputusan yang terbaik buatnya.

“Seperti yang anda tahu, ya saya dah bercerai. Bukan saya sibuk nak kecoh pun tapi ramai yang dah bertanya”

“Tiada apa yang teruk pun (berlaku) tapi saya rasa kami tidak lagi sehaluan dan ianya adalah keputusan saya” dedah Anju menerusi video tersebut.

“Terima kasih banyak-banyak kepada semua orang yang mesej dan call Anju, terima kasih kerana prihatin. Saya sangat terharu tapi ini yang terbaik untuk saya.

Mahu fokus pada kerja dan keluarga

Jelas Anju lagi, dia kini hanya mahu fokus pada kerja dan keluarga.

“Saya nak fokus kerja, anak dan keluarga, anak saya. Saya hanya nak luangkan masa dengan keluarga sebab saya dah terlalu lama duduk berseorangan. Saya nak gunakan masa ini untuk lebih rapat dengan mereka” katanya lagi.

Kahwin terlalu cepat

Namun menerusi IG Story nya, Anju akhirnya menjelaskan secara terperinci dan penuh emosi kenapa dia berpisah. Menurutnya dia berkahwin terlalu cepat dek kerana desakan ramai antaranya golongan pendakwah yang mahu dia berkahwin dengan segera.

“Aku rasa aku kahwin terlalu cepat. Sebab orang lain punya ‘pressure’, itu sahaja. Sekarang aku tengok orang cepat kahwin sebab desakan orang ramai.

“Yelah dengan PU (Pencetus Ummah) semua suruh aku kahwin. Korang ni menggelabah.

“Lain kali jangan dengar cakap orang, dengar cakap PU. Buat apa yang korang nak. Jangan kahwin atas desakan orang lain. Inilah kesillapan yang aku buat”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.