fbpx
Now Reading
Teruk Dikecam Selepas Tuduh Stacy Cemburu Tanpa Bukti, Model Vietnam Minta Maaf

Teruk Dikecam Selepas Tuduh Stacy Cemburu Tanpa Bukti, Model Vietnam Minta Maaf

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Dunia hiburan sejak semalam hangat selepas seorang seorang model kacukan Vietnam – Jerman bernama Jade meluahkan rasa kecewanya selepas lakonannya dalam Muzik Video (MV) Rampas nyanyian Akim and The Majistret ditapis dan tidak dikeluarkan.

Lebih mengejutkan apabila dia mendakwa semua itu gara-gara sikap isteri kepada penyanyi utama kumpulan berkenaan yang cemburu menyebabkan semuanya babak lakonannya di tapis keluar.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, ramai tahu status Jade yang juga seorang influencer ditujukan kepada pasangan selebriti Akim Ahmad dan Stacy.

Baca artikel berkaitan : Akim Ahmad Bengang, Model Vietnam Dakwa Lakonannya Dalam MV ‘Rampas’ Dibuang Kerana Stacy Cemburu

Cuba tunjuk ‘bukti’ perbualan imessage

Dia kemudian turut memuat naik satu video perbualan di antara dia dan seseorang yang dipercayai orang penting dalam pembikinan MV tersebut sebagai membuktikan dakwaannya.

Namun buktinya tidak cukup kuat memandangkan individu berkenaan hanya menggunakan perkataan ‘isterinya tidak suka’ dan bukannya cemburu seperti yang didakwa.

Video tersebut bagaimanapun kemudianya telah dibuang oleh Jade selepas dia tanpa sengaja terdedahkan nama Akim di dalamnya.

Dikecam hebat

Ekoran dari itu Jade teruk dikecam peminat pasangan berkenaan yang tidak berpuas hati dengan dakwaannya apatah lagi isu itu dibangkitkan kebetulan pada hari ulangtahun perkahwinan pasangan berkenaan yang kelima.

Akhirnya mohon maaf

Enggan memanjangkan cerita, Jade kemudiannya memuat naik permohonan maaf kepada Akim dan Stacy di atas kenyataannya sehingga menimbulkan salah faham dikalangan peminat.

Menurutnya dia tidak berniat untuk meraih perhatian dan status itu sebenarnya hanya untuk berlawak dan tidak sangka ianya menjadi serius.

“Saya tak mampu nak jelaskan bahawa status itu sepatutnya jadi sesuatu yang melucukan. Tak sangka anda akan cari siapa yang saya maksudkan.

“Maaf kepada penyanyi dan isterinya yang saya tak sebutkan nama kerana faham, saya diberitahu ia berlaku kerana dia cemburu,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.