fbpx
Now Reading
“Macam Tu Lah Kalau Dah Dikongkong Betina” – Hilang Dari Radar, Ibu Dakwa Aiman Tino Dikongkong Kekasih

“Macam Tu Lah Kalau Dah Dikongkong Betina” – Hilang Dari Radar, Ibu Dakwa Aiman Tino Dikongkong Kekasih

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Jika anda perasan penyanyi, Aiman Tino dilihat semakin menyepi dari dunia hiburan. Penyanyi yang menjadi kegilaan ramai gadis itu juga semakin kurang di lihat di kaca TV meskipun ada melancarkan single terbaharu pada tahun 2020.

Namun nama Aiman kembali menjadi sebutan selepas ibunya, Hazelina Mat Jalil menerusi IG Story memaklumkan anaknya telah menghilangkan diri daripada keluarga.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, ramai percaya ia ditujukan kepada penyanyi tersebut.

Mak kau kat KKB ni mari cari

Selain mengharapkan anaknya kembali ke pangkuan, Hazelina dalam masa sama juga seolah memberi ‘amaran’ kepada perempuan tersebut yang dia akan mencari kedua ibu-bapanya.

Menerusi satu perkongsian di IG yang sudahpun dipadamkan, Hazelina turut mengingatkan Aiman untuk tampil membuat pengumuman sekiranya dia tidak lagi mahu berkecimpung dalam dunia hiburan agar tidak menyusahkan penjaganya.

“Kalau dah taknak jadi artis sila buat pengumuman. Jangan susahkan kami.

“Macam tulah kalau dah dikongkong betina. Telefon tak angkat, wartawan dan stesen TV cari. Harap maklum pada yang berkenaan ” tulisnya di laman IG.

Luah rindu pada foto Aiman

Terdahulu Hazelina pada januari lalu ada memuatnaik foto Aiman di akaun Instagramnya. Dia dalam masa sama turut dilihat meluahkan rasa rindu terhadap anaknya itu menerusi ruangan kapsyen.

” Dia tak rindu saya ke ye.. Apa pun saya sayang dan rindu dia.. ” luah Hazelina

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.