fbpx
Now Reading
Sembang Lelaki Kena Tegas & Tak Buat Kerja Rumah, Achey Akhirnya Kantoikan Hairul Azreen

Sembang Lelaki Kena Tegas & Tak Buat Kerja Rumah, Achey Akhirnya Kantoikan Hairul Azreen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Pelawak terkenal Achey Bocey baru-baru ini ada memuat naik satu video dengan kapsyen yang lucu. Menerusi video tersebut dia dilihat sedang mengemop lantai rumah walhal kapsyennya seolah menidakkan tindakannya itu.

“Kena beli beras!!!.. kena tegasss!!!… mana mop tu??!!!… ” tulisnya secara berseloroh.

Video tersebut yang menarik perhatian netizen kemudiannya turut mendapat perhatian pelakon, Hairul Azreen.

Yang menariknya Hairul dilihat memuat naik satu komen ‘membahan’ Achey bahawa lelaki sebagai ketua keluarga seharusnya bersikap tegas apatah lagi melakukan kerja rumah.

Kita ketua keluarga!

“Kita ketua keluarga Chey!! Tengok macam aku berani! Tak pernah basuh pinggan! Tak pernah siang sotong! Apa tah lagi kemas rumah” tulis Hairul pada ruangan komen.

Akhirnya terciduk

Namun tidak sampai sehari, tindakan Hairul itu akhirnya ‘memakan diri’ selepas Achey memuat naik satu video respon di atas komen yang dikeluarkan pelakon berkenaan.

Yang menariknya, Achey menerusi video tersebut berjaya mengantoikan Hairul yang turut melakukan kerja- kerja rumah selepas video tersebut dikongsikan isterinya, pelakon Hanis Zalikha

Tengok Hairul dia ‘tegas’. Korang tengoklah sendiri

Haritu saya ada muat naik video saya tengah mengemop. Lepas tu saya ada dapat komen dari Hairul Azreen.

Dia punya komen fuhhh, memang dahsyat! Korang tengoklah sendiri. Apa yang berlaku hari ini, korang tengok sendiri ” kata Achey.

Menerusi video tersebut jelas Hanis yang merakam suaminya sedang mengemop meminta Achey untuk melihat video berkenaan.

Hairul yang kemudiannya menyedari dia sedang dirakam lantas meletakkan batang mop dan meminta Hanis untuk menyiapkannya.

Dia bagaimanapun kemudiannya merayu agar Hanis tidak berkongsi video tersebut kepada Achey.

Video tersebut nyata menarik perhatian menyebabkan ramai merasakan pasanan berkenaan begitu lucu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.