Nafi Dikongkong ‘Teman Wanita’, Aiman Tino Akui Kesilapannya -“Tabiat Saya Lambat Balas Mesej”
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Nama penyanyi, Aiman Tino sejak semalam menjadi bualan hangat peminat dunia hiburan selepas ibunya mendakwa dia menyisihkan diri daripada keluarga.
Meskipun tidak menyebut sebarang nama, ramai percaya status dan luahan di laman Instagramnya ditujukan kepada pelantun lagu Ku Rela Dibenci tersebut dimana Aiman dikatakan dikongkong oleh ‘teman wanita’ yang dikenali sebagai Farah.
Terbaru Aiman atau nama penuhnya Mohammad Aiman Yusri, tampil menjelaskan semua ini hanyalah salah faham.
“Salah faham & khilaf atas diri sendiri”
“Semuanya salah faham dan khilaf atas diri sendiri. Tabiat saya sejak dahulu lambat membalas mesej diterima melalui WhatsApp dan menjawab panggilan lalu timbul andaian itu dan ini.
“Ini termasuk Mama yang meluahkan perasaan di IG. Saya ada kalanya terlupa hendak membalas panggilan orang lain dan mengabaikan mesej diterima.
“Perkara begini yang saya ambil mudah membuatkan orang lain termasuk ibu bapa terkilan… Sampai mereka boleh fikir macam-macam,” kata Aiman lagi yang difahamkan sudahpun pulang ke rumah keluarganya.
Dia dalam masa sama turut mengakui tindakannya itu telah menyusahkan ramai pihak termasuk ahli keluarganya.
“Saya mengaku sikap begini mendatangkan masalah kepada karier. Ibu bapa mana yang tidak risau jika berdepan kelakuan anak begini.
“Saya harap tabiat ini dapat diubah demi kebaikan. Saya tak boleh fikir mudah dan ambil ringan perkara yang sebenarnya penting hingga boleh menyusahkan orang lain,” kata pelantun lagu Ku Rela Dibenci itu lagi.
Aiman bagaimanapun berpendapat dakwaan dia dikongkong adalah tidak tepat sebaliknya semua itu adalah dari kesilapannya sendiri. Dia bagaimanapun mengakui ada berkenalan dengan seseorang bernama Farah atas urusan kerja.
“Apa yang terjadi tidak perlu babitkan dia atau orang luar. Macam saya cakap, semua ini silap sendiri,” katanya lagi.