fbpx
Now Reading
Tahniah! Scha Alyahya & Awal Ashaari Selamat Timang Puteri Kedua

Tahniah! Scha Alyahya & Awal Ashaari Selamat Timang Puteri Kedua

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Tahniah kami ucapkan kepada pasangan selebriti, Scha Alyahya dan Awal Ashaari yang selamat menimang anak kedua mereka pada jam 9.15 pagi tadi di Prince Court Medical Center, Kuala Lumpur.

Berita kelahiran puteri kedua mereka itu dikongsikan Awal dan Scha menerusi laman instagram masing-masing.

“Kami sekelurga memanjatkan syukur kehadarat Allah SWT diatas kelahiran cahaya mata kedua kami pada hari ini, Jumaat 12 February 2021 bersamaan 30 Jamadilakhir 1442H.

“Bayi perempuan seberat 3.2kg selamat dilahirkan tepat jam 9.15 pagi di Prince Court Medical Center, Kuala Lumpur” tulis mereka berdua.

Mereka dalam masa sama turut memohon maaf kerana tidak dapat menerima kunjungan disebabkan SOP yang ditetapkan.

“Kedua dua bayi dan Mommy berada dalam keadaan baik dan masih berehat buat masa ini. Kami juga memohon maaf kerana tidak dapat menerima pelawat disebabkan SOP yang ditetapkan.

“Kami bersyukur di atas amanat ini, dan berterima kasih di atas doa serta sokongan yang diberikan kepada Scha, Awal dan Lara sekeluarga.

“Kami dijangka pulang ke rumah dalam masa beberapa hari, dan insya-Allah, kami akan berkongsi perkhabaran gembira ini dengan anda semua kelak,” kata mereka lagi.

Terdahulu pasangan ini disatukan pada pertengahan 2012, sebelum dikurniakan cahaya mata pertama, Lara Alana.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.