fbpx
Now Reading
Siti Sarah & Shuib Dikompaun Kerana Langgar SOP PKP, Makan Ramai-ramai Semeja

Siti Sarah & Shuib Dikompaun Kerana Langgar SOP PKP, Makan Ramai-ramai Semeja

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Pasangan selebriti Shuib Sepahtu dan Siti Sarah masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang selepas mereka didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah restoran, semalam.

Menerusi laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pasangan berkenaan didapati melanggar SOP dengan duduk makan bersama beberapa individu di sebuah meja yang sama serta tiada penjarakan fizikal.

Tambah beliau kedua individu yang bersama mereka serta pemilik restoran turut dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa.

“Turut dikenakan tindakan ketika rondaan pasukan Task Force Op Covid-19 Balai Polis Kuala Lipis kira-kira jam 9 malam itu ialah pemilik restoran terbabit.

“Kompaun dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.

Sebelum itu, seorang individu telah memuat naik gambarnya di Facebook sedang menjamu selera bersama pasangan selebriti berkenaan sehingga foto tersebut menjadi sohor.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.