fbpx
Now Reading
Tak Kisah Belajar Mengaji Bersama Isteri, Tomok Raih Pujian Ramai

Tak Kisah Belajar Mengaji Bersama Isteri, Tomok Raih Pujian Ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Ilmu asas agama adalah satu perkara wajib yang perlu dipelajari setiap penganut islam. Meskipun kebiasaanya ilmu ini sudah dipelajari semasa kita kecil, namun tidak salah bukan untuk orang dewasa lebih mempelajari dan memperelokkan pembacaan al-Quran mereka.

Baru-baru ini penyanyi, Tomok ada berkongsi foto dilaman Instagramnya memperlihatkan isterinya, Siti Rahayu Abas sedang mengajar anak-anak mereka mengaji.

Namun yang menariknya perkongsian berkenaan mendapat perhatian orang ramai kerana foto terakhir menunjukkan Tomok atau nama betulnya Shah Indrawan Ismail turut dilihat sedang mengaji bersama isterinya.

Menerusi perkongsian sama kapsyen yang digunakan Tomok turut menarik perhatian ramai dimana dia meluahkan rasa lega isteirnya pada hari itu tidak memegang rotan berbanding foto sebelumnya.

“Alhamdulillah hari ini tiada rotan di sebelah” tulis penyanyi berkenaan di ruangan kapsyen.

Perkongsian berkenaan kemudian mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratamya memuji keluara mereka yang bersama menuntut ilmu agama lebih-lebih lagi dalam memperbetulkan bacaan Al-Quran.

“Alhamdulilah..isteri dan ibu yang hebat… serba serbi hebat Ayu ni..syukur dpt isteri hebat macamtu” tulis seorang netizen.

“Tahniah pada tomok seorang suami yang mampu merendahkan ego kerana ilmu Allah. Syabas keluarga ni! “tulis seorang lagi netizen

Terdahulu Tomok mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Ayu pada 2 Julai 2011. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arrian dan Andra, dan seorang cahaya mata perempuan, Siti Khadijah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.