fbpx
Now Reading
Ini Senarai Top 7 Rockstar Terkaya Di Dunia

Ini Senarai Top 7 Rockstar Terkaya Di Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, info, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Bergelar seorang rockstar atau bintang rock pastinya menjadi impian setiap pemuzik muda.

Lebih menarik sekiranya anda berjaya sampai ke tahap dikenali seantero dunia sehingga layak bergelar rockstar antarabangsa yang pastinya menjanjikan kemahsyuran dan kekayaan yang tidak dapat ditandingi di tempat sendiri.

Namun bergelar seorang rockstar tidak menjanjikan hidup anda sentiasa mewah, malah sejarah sudah membuktikan banyak pemuzik-pemuzik hebat termasuk rockstar yang pada mulanya mewah akhirnya jatuh bangkrap disebabkan beberapa kesilapan kecil yang dilakukan mereka.

Namun itu tak bermakna ramai yang ‘terlingkup’. Masih ramai dari mereka termasuk golongan pemuzik yang sudah ‘gantung gitar’ ketika ini masih lagi memiliki harta yang menimbun dan aset yang bernilai jutaan dolar US$.

Ini kerana mereka bijak menguruskan wang termasuk melakukan perniagaan sampingan, hasil duit royalti, pelaburan dan pelbagai lagi.

Namun antara semua rockstar, siapakah yang berada di senarai yang terkaya di dunia? Mesti korang tertanya-tanya kan?

Jadi di bawah kami kongsikan top 7 Rockstar yang paling kaya didunia :

#7 Sting (RM 1.61Bilion)

Sting atau nama betulnya Gordon Sumner bukan satu nama asing lagi bagi genre Rock. Mula mencipta nama bersama kumpulan The Police, Sting yang berperanan sebagai bassist dan penyanyi mereka kemudiannya mula mengorak langkah sebagai pemuzik solo pada tahun 1985.

Namun Sting bukan sekadar menyanyi dan bermain muzik, dia juga merupakan seorang pelakon dan pencipta lagi. Sepanjang kareernya didalam industri muzik, Sting sudah berjaya meraih 17 anugerah Grammy selain beberapa lagi award besar yang lainnya.

Malah rekod penjualan albumnya bersama The Police dan semasa solo sudahpun mencecah 100 juta jualan di seluruh dunia.

Selain itu lagu hits Every Breath You Take nyanyiannya juga dihasilkan sendiri oleh Sting. Hasil usaha kerasnya didalam industri hiburan aset Sting bagi tahun 2021 dianggarkan sebanyak RM 1.6 Bilion.

#6 Jon Bon Jovi RM1.65Bilion

Nama yang pernah menjadi kegilaan wanita suatu masa dahulu. Pemuzik dari New Jersey ini merupakan pengasas dan penyanyi kepada kumpulan Rock, Bon Jovi.

Membesar dan menghabiskan usia remajanya di dalam studio rakaman milik sepupunya, segala usaha Jon kini dilihat sudah membuahkan hasil dimana dia berjaya mengumpulkan aset sebanyak US$410 Juta bersamaan RM1.65 Bilion.

Namun jangan lupa usahanya bukan kecil, Jon mempunyai 16 album dimana 14 adalah bersama kumpulannya manakala 2 lagi album solo.

#5 Elton John (RM2.01 Bilion)

Sir Elton John merupakan seorang pemuzik, komposer, pianist kelahiran England. Mula menceburi diri dalam dunia hiburan pada awal 1960an dengan kumpulan Bluesology, kareer Elton John kemudian terus berkembang dengan reputasi yang begitu gah.

Percaya atau tidak albumnya sahaja sudah terjual lebih dari 300 juta unit di seluruh dunia. Malah lebih dari 50 lagunya berjaya tersenarai dalam UK Top 40 Hits dan US Billboard Hot 100 .

Malah singlenya Candle in the Wind 1997 yang ditulis semua khas untuk mendiang Lady Diana, berjaya terjual sebanyak 33 juta salinan.

Meskipun sedikit boros, kejayaan demi kejayaan ini membuatkan Elton berjaya mengumpulkan aset sebanyak RM 2.01 Bilion.

#4 Bruce Springsteen (RM2.01 Bilion)

Bruce merupaka seorang pemuzik yang dilahirkan dan dibesarkan di New Jersey. Mula mencipta dengan mengangotai beberapa band seperti The Castiles, Earth and Steel Mill di sana, Bruce kemudian mula beraksi besama kumpulan band yang kekal bersamanya kini iaitu E Street Band.

50 tahun didalam dunia hiburan, Bruce berjaya menjual lebih dari 135 juta albumnya di seluruh dunia. Malah hasil persembahannya bersama kumpulan berkenaan membuatkan Steve berjaya mengumpulkan aset sebanyak RM2 Bilion.

#3 Jimmy Buffett (RM2.41 Bilion)

Jimmy Buffet bukan sekadar penghibur. Dia juga cukup dikenali dengan hasil penulisannya. Mula mencipta nama dalam dunia hiburan di Nashville sebelum akhirnya menjadi terkenal di Florida, Jimmy juga banyak terlibat dalam pelbagai perniagaan khususnya hartanah dan francais makanan.

Yang menariknya satu dari rangkaian restorannya di namakan Margaritaville Cafe, iaitu nama lagu yang menyebabkanya namanya meletup.

Hasil dari usaha kerasnya Jimmy berjaya mengumpulkan aset sebanayk RM 2.41 Bilion menjadikannya sebagai rockstar ketiga terkaya di dunia.

#2 Bono (RM2.82 Bilion)

Bono atau nama betulnya Paul David Hewson cukup sinonim dengan kumpulannya U2. Pemuzik kelahiran Ireland ini juga sama seperti Jimmy Buffet tidak 100% bergantung kepada dunia hibura.

Selain bergelar penyanyi dan komposer, Bono juga merupakan seorang aktivis, usahawan dan juga pelakon.

Pada tahun 2021, aset yang dimiliknya dianggarkan bernilai RM2.82 Bilion menjadikan dia rockstar kedua paling kaya di dunia.

#1 Paul McCartney (RM4.8 Bilion)

Satu nama yang tak perlu diperkenalkan lagi. Paul McCartney antara orang terpenting dalam penubuhan kumpulan Rock n Roll, The Beatles selain John Lennon.

Pengaruh dia dan The Beatles didalam industri muzik harus diakui begitu besar malah nama mereka sehingga kini masih gah dikalangan penggemar muzik.

Malah lagu mereka sehingga kini masih menjadi siulan baik dari golonga muda sehinggalah ke orang yang sudah berusia. Tak percaya? Lagu yesterday sahaja sudah dinyanyikan dan dirakam oleh lebih 2,000 penyanyi menjadikan ia antara lagu paling banyak dirakam di dalam Guinness World Records

Dengan kutipan royalti dan sebagainya McCartney berjaya mengumpulkan aset bernilai RM 4.8 Bilion.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.