fbpx
Now Reading
Bukan Lagi Penyampai GPH, Hot FM Tamatkan Kontrak Shuk Sahar

Bukan Lagi Penyampai GPH, Hot FM Tamatkan Kontrak Shuk Sahar

Geng Pagi Hot kini tinggal Fizie dan Mark Adam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Nampaknya tiada lagi kelibat pelawak dan pengacara, Shuk Sahar selepas ini bersama Geng Pagi Hot selepas stesen radio popular, Hot FM menerusi satu kenyataan media mengumumkan bahawa kontrak dan khidmat pengacara tersebut ditamatkan bermula hari ini.

Menerusi laporan Harian Metro, Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd Tahrim memaklumkan perkara tersebut diputuskan selepas pihaknya mendapati Shuk telah melanggar kontrak dan terma perjanjian.

“Kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio di Hot FM ditamatkan berkuatkuasa hari ini (Khamis)

“Selepas selesai siasatan dalaman mendapati berlakunya pelanggaran terma perjanjian oleh Shuk seperti yang sudah dipersetujui di dalam kontrak perkhidmatannya sebagai penyampai radio Hot FM” katanya menerusi satu kenyatan media.

Tambah Anida, perkara tersebut sudahpun dimaklumkan kepada pelawak berkeanan.

“Shuk juga telah dimaklumkan mengenai hal ini,” katanya menerusi kenyataan itu lagi.

Terdahulu pada 24 Januari, Hot FM telah bertindak menggantung tugas Shuk sebagai penyampai radio bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk menjalakan siasatan dalam berhubung isu rumah tangganya yang tular di media sosial.

Mereka dalam masa sama, turut membawa masuk penyanyi dan pelawak Mark Adam bagi menggantikan Shuib yang mengundur diri bagi memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap perniagaan yang dijalankan.

“Selepas Shuib berundur dari Hot FM, kami sudah merancang untuk memberi pembaharuan kepada GPH dengan kemasukan Mark Adam.

“Reputasi Mark sebagai penghibur serba-boleh memberikan nafas segar untuk segmen GPH. Harapan kami supaya pendengar akan terus menyokong Hot FM dan kami menjanjikan pengisian yang terbaik buat semua khususnya pendengar setia Hot FM” katanya lagi.


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.