fbpx
Now Reading
Hannah Delisha Selamat Bernikah Dengan Jejaka Pilihan

Hannah Delisha Selamat Bernikah Dengan Jejaka Pilihan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Tiada angin tiada ribut, aktres cantik Hannah Delisha mengejutkan peminat dunia hiburan apabila mengumumkan yang dia sudah selamat disatukan dengan jejaka pilihan hatinya yang juga seorang pelakon kelahiran Singapura, Imam Shah.

Menerusi perkongsian dilaman Instagramnya, Hanna telah memuat naik dua foto memperlihatkan dia dan pasangannya mengenakan baju nikah dan duduk dihadapan pelamin.

Dia dalam masa sama turut meluahkan rasa syukur kerana akhirnya mereka selamat disatukan selepas 5 tahun menantikannya.

“Akhirnya, selepas lima tahun. Alhamdulillah”

Perkara sama turut dikongsikan Imam menerusi muat naik dilaman instagramnya. Malah dia turut berkongsi dua foto sewaktu melangsungkan pernikahan dan sewaktu upacara menyarung cincin.

“Its always you”

Perkongsian berkenaan nyata mengejutkan peminat aktres cantik berkenaan. Namun ucapan tahniah dari rakan-rakan artis membuktikan yang mereka benar-benar sudah bergelar pasangan suami isteri.

Malah menerusi ruangan komen ada juga dikalangan mereka yang berseloroh dengan mengatakan yang mereka kini sudah tidak perlu lagi untuk merahsiakan hubungan pasangan berkenaan.

Apa-apa pun tahniah kepada Hannah Delisha dan Imam Shah!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.