fbpx
Now Reading
Sherry Alhadad Sertai Era, JoHaRa Kini Jadi JoHaRaRy Pagi ERA

Sherry Alhadad Sertai Era, JoHaRa Kini Jadi JoHaRaRy Pagi ERA

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Teka-teka peminat mengenai siapakah individu yang akan muncul sebagai ‘backup’ besar Ray yang kerap di buli dua rakan penyampai di Johara Pagi Era iaitu Johan dan Haniff akhirnya terjawab selepas ERA mengumumkan pengacara dan pelakon Shery Al-h Hadad secara rasminya akan menyertai mereka.

Perkara itu dikongsikan ketiga-tiga penyampai berkenaan iaitu sewaktu ke udara pagi tadi selain turut dikongsikan menerusi platform Instagram mereka.

Mula sertai ERA bermula 1 Mac

“Lepas ni Ray dah tak payah takut kalau kena bahan dengan Johan dan Hanif . Perkenalkan backup Ray iaitu Sherry Al Hadad yang akan join diorang bermula 1 Mac Ini” tulis di laman IG mereka.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan ERA, kemasukan Sherry Alhadad secara automatik menukar nama gandingan mereka dari JoHaRa kini menjadi JoHaRAry iaitu gandingan nama Johan, Haniff, Ray dan Sherry.

“Kami sangat teruja memperkenalkan gabungan baharu ‘JoHaRaRy Pagi ERA’ dengan menampilkan Sherry Alhadad sebagai personaliti baharu segmen pagi terkemuka kami. Dengan pengalaman Sherry sebagai seorang pelawak, pelakon dan pengacara TV tempatan, peminat-peminat ERA boleh menantikan segmen pagi yang memang ‘Ekstra Mantul’ dengan keserasian bersama personaliti-personaliti yang sedia ada.

“Kami berterima kasih kepada semua peminat ERA atas sokongan mereka yang menjayakan radio ERA sebagai jenama radio No. 1 di Malaysia dan sentiasa berusaha untuk menawarkan kandungan yang relevan dan menghiburkan buat demografik peminat-peminat ERA. ” kata Pengurus Kandungan ERA, Erman Zaki.

Terdahulu stesen radio berkenaan menerusi beberapa video di instagram sudahpun memberikan bayangan bahawa akan terdapat kemunculan seorang lain personaliti yang akan menyertai JoHaRa bagi menjadi rakan ‘back up’ kepada Ray yang kerap menjadi mangsa buli Johan dan Haniff.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.