fbpx
Now Reading
Yusri Kongsi Berita Gembira, Lisa Surihani Hamil Anak Ke-3

Yusri Kongsi Berita Gembira, Lisa Surihani Hamil Anak Ke-3

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Nampaknya teka-teka peminat mengenai status kehamilan pelakon, Lisa Surihani yang kelihatan menampakkan baby bump terjawab apabila suaminya, Pengarah Datuk Yusry Abdul Halim mengesahkan perkara berkenaan.

Yusry menerusi satu perkongsian di laman Instagram berkongsi berita gembira tersebut kepada peminat dan orang ramai.

Jelas Yusry dia dan Lisa enggan merahsiakan perkara berkenaan kerana lambat laun akan diketahui orang ramai juga.

“Selepas ‘upload’ gambar sempena ulangtahun perkahwinan bersama isteri, ada beberapa pihak yang berteka-teki sama ada isteri saya mengandung. Tanpa niat ingin bersembunyi, kami cuma ambil pendekatan dengan fikiran, mungkin kali ini tak perlu untuk pengumuman, lambat laun orang akan tahu juga.

“Anugerah minhah ini tentunya kami amat bersyukur kepada Allah Azza Wa Jalla dan ia sudah dikongsikan di kalangan keluarga dan rakan rapat,” katanya.

Dia menerusi perkongsian sama turut turut mendoakan agar semua pasangan yang sedang mencuba untuk mendapatkan zuriat dipermudahkan urusan mereka dan doa mereka dimakbulkan Allah.

Sebagai rekod, Lisa dan Yusry yang mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan hasil dari perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, 6, Yusof Leonne, 4.

Tahniah Lisa & Yusry!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.