fbpx
Now Reading
Tunaikan Janji Pada Suami, Syanie Hisham Kini Berhijab

Tunaikan Janji Pada Suami, Syanie Hisham Kini Berhijab

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Baru sahaja disatukan dengan lelaki pilihan hatinya, Zahril Hafiz Mohammed pada 19 Februari lalu, pelakon Syanie Hisham sudahpun membuat keputusan untuk berjihab.

Menurut Syanie, dia sudahpun tekad untuk berhijab di hari pernikahannya memandangkan perkara tersebut sudahpun dibincangkan setahun yang lalu.

“Saya memang ada berkongsi dengan suami (sewaktu berstatus tunang) mengenai keputusan nak bertudung. Dia ada bertanya bila nak ke arah itu. Saya bagaimanapun menjawab belum pasti lagi bila.

“Cuma ada beri bayangan akan bertudung secara rasmi pada hari pernikahan. Dia pun paling suka dengan apa yang saya bakal lakukan.

“Tanpa bercakap panjang, dia hanya tunduk bersetuju. Alhamdulillah, saya kotakan perkara itu saat kami diijabkabulkan,” katanya.

Demi jaga maruah suami

Tambah Syanie, dia tekad dengan keputusannya demi menjaga batas dan maruah suaminya selepas bergelar isteri.

“Apa jua keputusan saya lakukan, dia tetap menyokong,” katanya lagi.

Sebagai rekod, pasangan ini bertunang pada sekitar Ogos lalu sebelum membuat keputusan melangsungkan pernikahan pada pertengahan Februari lalu di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.