fbpx
Now Reading
Cover Lagu Finalis AJL35, Vokal Merdu Hannah Delisha & Raysha Rizrose Raih Perhatian Ramai

Cover Lagu Finalis AJL35, Vokal Merdu Hannah Delisha & Raysha Rizrose Raih Perhatian Ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Peminat dunia hiburan pasti tahu yang anugerah berprestij Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) hanya tinggal lagi dua minggu.

Bakal bersiaran secara langsung pada 14 Mac ini , AJL tahun ini bagaimanapun akan diteruskan tanpa kehadiran penonton dengan 12 lagu akan bertanding untuk merebut gelaran Juara Lagu.

Seperti biasa menjelang AJL, pasti ada sahaja cover atau nyanyian medley lagu-lagu AJL yang akan dikeluarkan.

Namun tahun ini, laman Youtube Valient Music mencuri tumpuan ramai selepas menghasilkan sebuah video medley lagu-lagu finalis AJL35 yang dinyanyikan oleh empat selebriti iaitu Hannah Delisha, Raysha Rizrose , Azmi Saat,dan Dean Eiman.

Gandingan vokal keempat-empat selebriti ini khususnya Hannah dan Raysha nyata membuatkan ramai terpegun. Malah ramai meluahkan rasa terkejut melihatkan kemantapan vokal kedua mereka.

Vokal Dean Aiman juga tidak kurang hebatnya. Dia yang menyanyikan beberapa lagu seperti Aku Bidadari Syurgamu, Kau Sakiti & Gundah juga turut mendapat pujian ramai.

Selain itu jika dilihat pada ruangan kredit,  konsep video tersebut difahamkan adalah idea dari Hannah Delisha sendiri. Manakala Azmi pula bertanggungjawab dari segi susunan semula muzik.

Jom tonton video medley tersebut di bawah:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.