Now Reading
Dah Lama Pasang Niat, Aishah Azman Kini Berhijab

Dah Lama Pasang Niat, Aishah Azman Kini Berhijab

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Pelakon Aishah Azman mencuri tumpuan ramai apabila dia dilihat tampil berhijab di laman Instagramnya.

Mengakui sudah lama berhasrat untuk berhijab, Aishah yang nekad berhijab sejak jumaat lalu turut membuat keputusan membuang semua foto-foto lamanya sewaktu belum bertudung.

Adik kepada pelakon Afiq Muiz ini turut menjelaskan keluarganya gembira dengan perubahan tersebut dan menyokong penuh keputusannya.

“Niat nak bertudung ni sebenarnya dah terdetik lama dan setiap kali atas sejadah, mesti rasa macam sesuatu yang tak lengkap dalam hidup saya.

“Rasa seperti satu perasaan sia-sia saja solat lima waktu tapi tak tutup aurat. Dan saya pegang dengan kata-kata ini, kalau kita nak dekat dengan Allah, kita perlu korbankan banyak benda.

“Pada Jumaat, saya nekad betul-betul nak berhijab. Alhamdulillah, keluarga terkejut dengan perubahan saya tapi memang sangat gembira dan memberi sokongan penuh kepada saya,” katanya.

See Also

Tetap aktif dalam dunia seni tapi akan pilih tawaran bersesuaian

Seiring dengan perubahannya, Aishah juga menjelaskan dia kini akan lebih memilih tawaran berlakon yang sesuai dengan imejnya yang sudah berhijab.

“Selepas mengambil keputusan untuk bertudung, saya pun nekad padam semua gambar-gambar saya tidak menutup aurat di laman sosial. Hanya tinggal beberapa gambar saya berhijab.

“Insya-Allah selepas ini juga saya akan terima tawaran berlakon yang bersesuaian dengan imej sekarang ini. Harap semua orang boleh mendoakan yang baik-baik untuk saya,” katanya.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.