fbpx
Now Reading
Baru Sahaja Berniaga, Shuk Sahar Disindir Tiada Kerja Sebelum Gerai Diserang [Video]

Baru Sahaja Berniaga, Shuk Sahar Disindir Tiada Kerja Sebelum Gerai Diserang [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Nama pelawak dan pengacara, Shuk Sahar hari ini menjadi sebutan di media sosial selepas tular sebuah video memperlihatkan gerai minuman yang baru diusahakannya diserang seorang lelaki tidak dikenali.

Menerusi video tersebut Shuk bersama pembantunya, Iskandar Nurzaman serta seorang lagi pekerja pada mulanya sedang menjual air minuman di gerai mereka yang terletak di Wangsa Maju dipercayai di hadapan kafe barunya yang sedang diubahsuai.

Mereka kemudian didatangi sebuah Perodua Myvi putih yang dilihat memegang sebuah telefon dipercayai merakam gelagat Shuk dan pekerjanya sedang meniaga.

Namun timbul sedikit ketegangan diantara lelaki tersebut dan pekerja Shuk disebabkan lelaki berkenaan secara sengaja memprovok dan memerli Shuk yang mencari rezeki dengan cara tersebut berikutan perlucutan jawatannya sebagai penyampai radio Hot FM baru-baru ini.

Menerusi laporan Utusan, Shuk menjelaskan lelaki tersebut kemudian menjadi berang sebelum bertindak agresif dan cuba memukulnya.

Dari awal dah pegang telefon rekod video

“Dia memberhentikan kenderaanya di depan gerai, tetapi dari awal lagi saya sudah rasa pelik, dia pegang telefon seolah-olah sedang merekod video. Saya dan Iskandar tanya dia mahu beli minuman yang mana sebelum tiba-tiba disindir oleh lelaki itu.

“Berang dengan tindakannya, Iskandar cuba mempertahankan saya sebelum lelaki tersebut bertindak agresif dan cuba memukulnya.

“Saya cuba halang dan mungkin kerana tidak puas hati, dia kemudiannya menolak barangan jualan di meja sebelum pergi begitu sahaja,” katanya.

Tambah Shuk dia tidak marah dengan apa yang berlaku namun sedikit bingung dan tertanya-tanya apakah motif sebenar lelaki berbaju hitam tersebut.

“Saya sempat tengok nombor plat keretanya tetapi tak akanlah saya nak sebarkan pula. Buat masa sekarang, saya tengok dulu macam mana, kalau perlu buat laporan polis, mungkin saya akan pergi ke balai.

“Saya cuma nak tahu kenapa dia tergamak buat begitu dan apa niatnya sebab seolah-olah dia memang mahu cari pasal sejak dari awal,” katanya dipetik dari Utusan.

Shuk menerusi IG Story kemudian turut berkongsi keadaan berselerak di gerainya dimana balang-balang air dilihat bertebaran selepas ditolak individu berkenaan.

Terdahulu Shuk sekitar minggu lalu mengumumkan yang dia bakal membuka kafe minumannya di Seksyen 10 Wangsa Maju.

Kafe tersebut bagaimanapum masih lagi dalam proses ubah suai dan dijangka siap dalam masa terdekat.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.