fbpx
Now Reading
“Saya Reda Dituduh Sengaja Buat Drama Untuk Viral & Free Marketing” – Shuk Sahar

“Saya Reda Dituduh Sengaja Buat Drama Untuk Viral & Free Marketing” – Shuk Sahar

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Beberapa hari lalu media sosial hangat memperkatakan mengenai sebuah video tular dimana pelawak dan pengacara, Shuk Sahar menjadi mangsa sindiran dan provokasi seorang individu tak dikenali sewaktu sedang berniaga air di Wangsa Maju.

Meskipun ada yang bersimpati dengan nasibnya, video tersebut bagaimanapun lebih menjadi persoalan netizen dimana ramai yang berpendapat ia hanyalah satu gimik dan strategi marketing demi meraih perhatian.

Baca artikel berkaitan : Baru Sahaja Berniaga, Shuk Sahar Disindir Tiada Kerja Sebelum Gerai Diserang [Video]

Terbaru menerusi laporan Astro Gempak, Shuk tampil menafikan perkara tersebut dan menyifatkan tuduhan tersebut adalah tidak wajar.

“Saya reda jika ada yang kata saya ini penipu dan sengaja buat drama sebab nak viral atau free marketing.

“Tidak ada yang saya nak komen lagi mengenai insiden tersebut, biarlah apa orang nak kata kerana apa yang saya tahu, saya sedang mencari rezeki yang halal,” katanya.

Sudah berdamai, lelaki tersebut sudah minta maaf

Dalam pada itu, Shuk turut memaklumkan lelaki berkenaan sudahpun menghubunginya menerusi Instagsram dan memohon maaf atas kelakuannya dan mereka akan tampil bersua.

“Dia berjanji untuk bertemu saya dalam masa terdekat. Saya tidak menyimpan dendam dan saya maafkan dia serta bersedia untuk bertemu dengannya,” katanya.

Menerusi satu perkongsian di Instagramnya, mereka dilihat sudah pun bertemu dan sudah bermaaf-maafkan

Shuk difahamkan bakal melancarkan sebuah kafe berasaskan air minuman , Semooth Cafe dikawasan berkenaan dalam masa terdekat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.