fbpx
Now Reading
Foto Eleena Sui Jadi Bukti, Ada Dakwaan Hannah Delisha Sudah Nikah Tahun Lepas?

Foto Eleena Sui Jadi Bukti, Ada Dakwaan Hannah Delisha Sudah Nikah Tahun Lepas?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Umum pasti mengetahui yang aktres Hannah Delisha baru sahaja melangsungkan pernikahannya bersama suami aktor dari Singapura, Imam Shah pada pertengahan februari lalu.

Namun sejak semalam media sosial menjadi hangat selepas timbul dakwaan yang perkahwinan mereka idak direstui ibu kandung Hannah, Nor Ashikin Ahmad.

Belum pun reda dengan isu berkenaan hari ini timbul satu lagi cerita baru apabila dakwaan yang mengatakan Hannah sebenarnya sudah pun mendirikan rumah tangga sejak setahun lalu.

Dakwaan tersebut menjadi lebih kuat selepas netizen berkongsikan satu posting milik pelakon, Eleena Sui yang bertarikh 19 Februari 2020 yang dilihat sedang berposing seorang diri di atas pelamin.

Netizen yang membuat perbandingan mendakwa, pelamin pada foto tersebut kelihatan sama dengan pelamin yang digunakan sewaktu majlis pernikahan Hannah baru-baru ini.

Lebih mencuri tumpuan apabila ibu mentua Hannah turut dilihat memuat naik gambar memperlihatkan Eleena sedang duduk bersama pasangan berkenaan di pelamin dimana bajunya dilihat sama .

Selain itu fotonya di dalam foto tersebut turut dilihat lebih langsing dan agak berbeza dengan penampilan terbarunya yang kini sarat hamil anak pertama.

Tidak cukup dengan posting-positng berkenaan. Ada dikalangan netizen yang turut mempersoalkan mengapa keluarga pengantin boleh bergambar dengan tidak mengenakan pelitup muka dan menjaga penjarakan sosial yang merupakan SOP majlis pernikahan.

Situasi ini membuatkan peminat tertanya tanya bilakah sebenarnya Hannah dan Imam melangsungkan pernikahan mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.