
Tahniah! Risteena & Isa Khan Selamat Bergelar Suami Isteri
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Nampaknya selepas beberapa bulan menanti, pasangan sensasi Risteena Munim & Isa Khan hari ini selamat melangsungkan pernikahan mereka di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebentar tadi.
Berita gembira itu dikongsikan Risteena menerusi satu perkongsian di laman Instagramnya.
‘Akad Nikah’
Hanya menulis kapsyen ringkas ‘akad nikah’, Risteena turut berkongsi video sewaktu majlis pernikahan dilangsungkan.
Menerusi video berdurasi 6 minit 25 saat itu, majlis berkenaan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat memandangkan Kuala Lumpur masih lagi di dalam PKPB.
Dapat dilihat majlis berkenaan berlangsung mengikut protokol kesihatan seperti yang sudah ditetapkan oleh kerajaan.

Beberap foto di majlis pernikahan mereka turut dikongsikan di laman instagaram, Project2pi
Dijengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan pengikut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.
Terdahulu pasangan ini terpaksa menangguhkan pernikahan mereka yang seharusnya berlangsung pada bulan November 2020 disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Tahniah sekali lagi Risteena dan Isa Khan! Selamat menempuhi alam perkahwinan dari kami
Kredit Foto header : Risteena / Project2Pi