fbpx

Avatar Kembali Jadi Filem Dengan Kutipan Tertinggi, Tewaskan Avengers : Endgame

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Selepas hampir dua tahun bergelar Filem Terlaris Sepanjang Zaman, status Avengers : Endgame kini kembali dipintas filem arahan David Cameron, Avatar.

Ianya selepas kejayaan Avatar meraih kutipan sekitar  AS$8 juta (RM32.8 juta),  menjadikan jumlah kutipan terbaru mereka kepada AS$2.8 bilion(RM11.53 bilion) berbanding Avengers: Endgame yang mengutip AS$2.797 bilion (RM11.52 bilion).

Menerusi laporan Screenrant, kutipan berkenaan diperoleh ekoran China mengambil inisiatif dengan menayangkan semula Avengers sabtu lalu.

Selain itu mereka turut menayangkan kembali filem filem  blockbuster seperti  Interstellar  dan Inception  demi meneruskan kelangsungan industri filem negara tersebut yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Produser Avatar, Jon Landau yang gembira dengan pencapaian tersebut menzahirkan rasa terima kasih mereka kepada peminat China yang mengangkat kembali Avatar ke tahap bersejarah.

Jelas Landau, dia dan pengarah filem James Cameron adalah antara individu yang paling teruja apabila diumumkan filem tersebut akan kembali ditayangkan di pawagam ketika pandemik ini.

“Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat China atas sokongan mereka.

“Kami bekerja keras untuk memberi yang terbaik dalam sekuel Avatar yang akan datang dan akan terus memberi perceritaan yang epik pada masa-masa akan datang,” katanya.

“Passing the gauntlet back to you”

Russo Brothers menerusi satu perkongsian di Instagram turut berkongsi berita berkenaan dengan memuat naik sekeping ilustrasi digital memperlihatkan tulisan Avatar kembali memadam nama Avengers sebagai tanda mereka kembali memegang ‘takhta’ filem terhebat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.