fbpx
Now Reading
“AJL Bukan Main-Main, Kalau tak Bersedia, Jangan Cuba-Cuba” – Hattan

“AJL Bukan Main-Main, Kalau tak Bersedia, Jangan Cuba-Cuba” – Hattan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Nampaknya selepas beberapa hari melabuhkan tirai, program Anugerah Juara Lagu ke35 (AJL35) masih lagi hangat diperbincangkan orang ramai.

Terbaru penyanyi senior, Dato Hattan meminta Penerbit AJL untul mengambil serius status dan kredibiliti pertandingan tersebut yang sudahpun memasuki tahun ke-35.

Ini kerana terdapat di kalangan finalis yang masih gagal menyanyi dengan baik dan akhirnya menjadi kecaman netizen di media sosial.

Menurut Hattan, AJL turut ditonton negara jiran, Indonesia sekali gus ia membawa bersama nama industri muzik Malaysia untuk tatapan dunia luar.

Maruah industri terletak pada barisan finalis

“AJL adalah satu pentas yang besar dan negara tetangga kita iaitu Indonesia pun turut menontonnya. Boleh dikata, AJL secara langsung itu ibarat membawa Malaysia untuk ditonton oleh orang luar.

“AJL bukan pentas untuk main-main kerana maruah industri seni kita terletak pada tangan barisan finalis dipilih, meski kita sudah jauh ditinggalkan oleh negara jiran.

“Cuba fikir dan hadamkan betul-betul. Kalau tak bersedia, jangan cuba-cuba. Lihat saja Indonesian Idol dan The Voice, mereka melahirkan bakat yang berkualiti tinggi,” katanya dipetik dari Harian Metro. 

Rakaman studio dan persembahan dua perkara berbeza

Tambah Hattan, rakaman studio dan persembahan secara langsung adalah dua perkara berbeza. Justeru dia mencadangkan agar mereka yang memerlukan bantuanu untuk bertemu barisan guru nyanyia yang berkaliber seperti Datuk Syafinaz, Cikgu Siti Hajar dan Cikgu Shafi.

“Rakaman studio dan persembahan ‘live’ adalah dua perkara berbeza. Kita ada guru-guru vokal yang hebat seperti Datuk Syafinaz, Cikgu Siti Hajar dan Cikgu Shafi, pergilah belajar.

“Pergi berguru sampai khatam dan selepas itu, baru betul- betul melangkah. Belajar vokal kena sekurang-kurangnya tiga tahun dan bukan tiga bulan.

“Masalahnya sekarang semua orang boleh jadi penyanyi. Semua pihak sama ada penerbit program dan syarikat rakaman perlu cari mereka yang berbakat untuk diketengahkan dan bukan setakat nilai mereka dari pengaruh di media sosial,” katanya.

Hattan dalam masa sama turut meluahkan rasa malunya kerana ada nyanyian finalis AJL yang turut dnilai oleh seorang YouTuber Indonesia.

“Ibaratnya kalau nak pergi berperang, kena buat persediaan betul-betul. Kena ada ilmu dan keberanian.

“Kalau perasaan takut datang mengganggu, carilah jalan untuk atasi. Jumpalah orang lama, dapatkan tip. Ini tidak, jumpa orang lama tak bertegur.

“Inilah beza buat single dengan album. Buat album, kita kena praktis sampai khatam barulah boleh masuk studio rakaman,” katany

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.