fbpx
Now Reading
Tayangan Khas Boboiboy Sempena Ulangtahun ke-10 Yang Tampilkan Ayahnya, Amato Undang Sebak Ramai

Tayangan Khas Boboiboy Sempena Ulangtahun ke-10 Yang Tampilkan Ayahnya, Amato Undang Sebak Ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Baru-baru ini, bersempena dengan ulang tahun ke-10 siri animasi Boboiboy, team penerbitan mereka, Monsta telah membuat satu kejutan kepada peminat dengan mengeluarkan tayangan khas iaitu EPISOD 1 versi Extended.

Episod tersebut membuatkan para peminat teruja dan tidak senang duduk memandangkan terdapat kemunculan ayah BoboiBoy, Amato (Mechamoto).

Amato sebelum ini tidak pernah muncul dalam mana-mana siri Boboboy namun muncul secara fizikal buat julung kalinya di kredit akhir BoBoiBoy Movie 2.

Scene yang memperlihatkan BoBoiBoy terpaksa berpisah dengan
bapanya, untuk tinggal bersama atoknya, Tok Aba di Pulau Rintis disebabkan bapanya terpaksa pergi untuk menguruskan sesuatu tugasan nyata meruntun jiwa para peminat.

Malah didalam scene turut turut kelihatan ialah MechaBot yang juga sahabat baik dan pemberi kuasa kepada Amato.

Dijengah ke ruangan komen , beberapa penonton meluahkan rasa sedih mereka menonoton babak berkenaan dan episod tersebut yang sudahpun berusia 10 tahun lamanya.

Sedihnya scene ni, mengalir air mata aku”
“BYEE THIS MAKE ME CRY FOR SOME REASON”
“Weh first time tengok diorang bersama”
“Siapa potong bawang ni, sedihnya BoBoiBoy,”
“Kenapa aku sedih, rasa nostalgia sangat ” antara komen yang tulis beberapa
netizen.

Tonton video tersebut di bawah :

Baru tiga hari ditayangkan di Youtube, episod edisi khas itu sudahpun mendapat 4.6 juta tontonan.

Difahamkan filem Mechamato yang sepatutnya ditayangan pada penghujung tahun 2020 namun terpaksa ditunda ekoran pandemik Covid-19 dijangka akan menemui peminat di pada penghujung tahun ini.

Filem Mechamato mengisahkan tentang penggembaraan Amato yang secara tidak sengaja mejadi pemilik kepada MechaBot, sebuah Power Sphera yang mempunyai kebolehan untuk “Mechanize” dengan objek lain.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.