fbpx
Now Reading
“Stesen TV Tiada Bajet Ke?” – Izara Aishah Hairan Kenapa Ramai Instafamous Jadi Pelakon

“Stesen TV Tiada Bajet Ke?” – Izara Aishah Hairan Kenapa Ramai Instafamous Jadi Pelakon

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/danizaydi/status/1372081057219014663

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Peminat dunia hiburan khususnya drama tempatan pasti perasan kebelakangan ini ramai kelibat personaliti media sosial mula muncul di kaca TV.

Mungkin kedengaran biasa bagi kita rakyat biasa, namun trend tersebut menjadi tanya penggiat seni antaranya aktres Izara Aishah.

Menerusi satu ciapan di Twitter, Izara meluahkan rasa hairannya dengan keadaan tersebut dan turut mempersoalkan tindakan stesen TV kerana dilihat lebih memilih instafamous .

Ini menimbulkan tanda tanya kepadanya adakah stesen televisyen terpaksa menghadkan peruntukan ekoran dari negara dilanda pandemik.

“Instagram famous banyak jadi pelakon. TV semakin tiada bajet disebabkan Covid-19 ke?” tulisnya.

Ciapan tersebut kemudiannya mendapat perhatian dari ramai netizen yang rata-ratanya turut mempersoalkan perkara sama.

Ada dikalangan mereka yang berpendapat mungkin produksi tidak mampu membayar pelakon yang sudah terkenal dan ada juga yang merasakan pemilihan instafamous adlah kerana jumlah pengikut mereka yang ramai di media sosial sekaligus dapat meraih rating tinggi.

Namun disebalik komen-komen tersebut, ramai yang turut menyuarakan mereka tidak merasakan ianya satu masalah sekiranya instafamous tersebut pandai berlakon sebaliknya mereka kebanyakan yang diberi peluang menjadi pelakon hanyalah ‘kayu’ dan kaku di depan TV.

High Rating

Semua kayu je

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.