fbpx
Now Reading
Elizabeth Tan Sahkan Sudah Berkahwin Dengan Ahli Perniagaan

Elizabeth Tan Sahkan Sudah Berkahwin Dengan Ahli Perniagaan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Selepas tular foto perkahwinannya pagi tadi, penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan sebentar tadi mengesahkan yang dia sememangnya sudah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Siew Jim pada sabtu.

Perkahwinan tersebut di adakan dalam satu majlis sederhana dengan hanya dihadiri 10 tetamu di Gombak, Selangor,

Menurut Elizabeth Tan atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy, dia bagaimanapun memohon maaf  kerana tidak sempat berkongsi berita perkahwinan tersebut disebabkan ianya telah tular lebih awal.

“Gambar dan video yang telah tersebar yang menyatakan Lizzy sudah berkahwin adalah benar.

“Majlis semalam adalah sangat intimate dan kecil sebagai langkah mematuhi SOP dan hanya dihadiri oleh 10 orang tetamu yang merupakan ahli keluarga dan kenalan rapat Lizzy sahaja’, ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambah Lizzy majlis tersebut merupakan sesuatu yang sangat peribadi buatnya dan memohon maaf kerana tidak melayangkan sebarang undangan.

“Lizzy ingin memohon maaf sekali lagi kerana tidak dapat menjemput ahli keluarga yang lain, serta rakan-rakan media.

“Pada Lizzy, memilih untuk berkahwin ini tidak mengubah apa-apa. Lizzy masih Lizzy yang sama. Dan Lizzy harap semua dapat terima dan hormat keputusan Lizzy,” kata nya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.