fbpx
Now Reading
“Kami Ada Urusan Kerja – Risteena Nafi Rentas Negeri Untuk Bulan Madu

“Kami Ada Urusan Kerja – Risteena Nafi Rentas Negeri Untuk Bulan Madu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Belum pun reda dengan kes pasangan insfamous yang didakwa melakukan rentas negeri untuk berbulan madu, netizen hari ini sudah beralih kepada satu lagi kes yang didakwa mereka hampir sama tapi kali ini membabitkan pasangan selebriti yang baru sahaja berkahwin iaitu Risteena dan Isa Khan.

Menerusi laman Twitter, beberapa orang netizen mendakwa pasangan berkenaan sedang berbulan madu di Tawau, Sabah berdasarkan perkongsian di IG Story mereka.

Malah menurut mereka jelas menerusi perkongsian tersebut terpampang perkataan ‘honeymoon’ menguatkan lagi dakwaan bahawa mereka kesana untuk berbulan madu.

Perkongsian demi perkongsian menyebabkan orang ramai tertanya-tanya bagaimanakah pasangan selebriti ini boleh ‘terlepas’ ke Sabah memandangkan kebanyakan negeri di kawasan Lembah Klang masih lagi dibawah PKP Bersyarat kecuali Putrajaya.

Enggan perkara tersebut disalahertikan, Ristenaa menerusi satu perkongsian di laman Instagramnya tampil menjawab dakwaan netizen dan menjelaskan keberadaan ke Sabah adalah atas urusan kerja.

Malah menurutnya dia juga mempunyai surat kebenaran untuk merentas negeri.

Saya fikir tak perlu post tentang kerja saya di IG

Menurut Risteena pihak berkuasa lebih arif mengenai tujuanna kesana justeru dia berpendapat dia tidak perlu untuk berkongsi di media sosial urusan kerja yang dilakukannya di sana demi memuaskan hati mana-mana pihak.

Sebaliknya dia hanya akan berkongsi perkara yang mahu dikongsikannya sahaja.

“Kami di Sabah ada urusan kerja dan telah dapatkan surat merentas (negeri) untuk tujuan kerja. Saya yakin pihak polis lebih arif.

“Saya fikir tak perlu post tentang kerja di Instagram saya hanya untuk puaskan hati semua orang. Saya hanya share apa yang saya nak share saja ” tulis Ristena di IG.

Pelakon berusia 32 tahun itu dalam masa sama turut berharap agar orang ramai tidak membuat spekulasi yang tidak benar mengenai tujuan mereka kesana.

“Harap semua tidak membuat spekulasi yang tidak betul,” ujarnya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.