fbpx
Now Reading
“Demi Manfaat Rakyat Malaysia” – Altimet Sumbang Van Untuk Dijadikan Ambulans Mampu Guna

“Demi Manfaat Rakyat Malaysia” – Altimet Sumbang Van Untuk Dijadikan Ambulans Mampu Guna

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Lama tak dengar cerita mengenai komposer dan penyanyi rap, Altimet bukan ?

Namun siapa sangka dalam diam-diam Altimet sebenarnya sibuk dengan satu projek amal hariah iaitu mengubah suai vannya menjadi ambulans mampu milik untuk rakyat Malaysia.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Altimer berkongsi rasa terujanya kepada orang ramai kerana van jenis Toyota Hiace yang disumbangkannya kepada Pertubuhan Wilayah Ummah Malaysia sudah hampir siap sepenuhnya.

“Hujung minggu lepas, saya melawat van syarikat saya yang sedang ditukar menjadi ambulans mampu guna untuk orang Malaysia.

“Ya, saya tahu satu ambulans saja kami mampu buat, rakyat Malaysia 30 juta lebih. Tapi, pelan-pelan kayuh.

“Moga kenderaan ini boleh bawa manfaat buat kita semua. Terima kasih semua yang menyumbang, @onenationcentre let’s gooooo!!!! “tulisnya

Menerusi satu lagi perkongsian Altimet turut berkongsi video memperlihatkan keadaan terkini van tersebut yang masih lagi didalam proses ubahsuai.

Projek Ambulans Jariah One Nation x Altimet

Menerusi video tersebut Altimet turut memaklumkan kos pengubahsuaian dan kos keperluan perubatan tersebut dibiayai oleh pertubuhan, hasil sumbangan oleh orang ramai.

Usaha rapper tersebut nyata mendapat reaksi positif dari orang ramai yang rata-rata kagum dengan inisiatif berkenaan. Ramai yang turut mendoakan agar urusan Altimet menyiapkan projek berkenaan dipermudahkan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.