Pasangan Didakwa ‘Rentas Negeri’ Ke Sabah Untuk Bulan Madu Akan Dipanggil Polis

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Baru-baru media sosia hangat selepas timbul dakwaan mengenai sepasang suami isteri yang juga selebriti yang dikatakan telah merentas negeri untuk berbulan madu di Sabah.

Ekoran itu polis memaklumkan akan menjalankan satu siasatan terperinci berhubung dakwaan berkenaan.

Memohon rentas negeri atas urusan perniagaan

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, pihaknya telah menerima satu permohonan rentas negeri ke Sabah atas urusan perniagaan dari seorang lelaki berusia 27 tahun di Balai Polis Setapak pada jam 5 petang, 20 Mac lalu.

“Pemohon itu ada mengemukakan surat arahan menjalankan tugas oleh syarikat dan berdasarkan dokumen itu pihak polis meluluskan permohonan rentas negeri yang bermula pada 21 hingga 25 Mac ini.

“Bagaimanapun, gambar lelaki itu bersama isterinya berusia 31 tahun tular di media sosial semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akan diambil keterangan sebaik pulang ke Semenanjung

Jelas Ashari, bagaimanapun sejak 22 Mac, tular foto mereka yang dikatakan telah pergi berbulan madu di sebuah kawasan peranginan, menyebabkan orang ramai mula mempertikaikan bagaimana pasangan ini mendapat kebenaran rentas negeri ke Sabah.

Sehubungan itu mereka yang masih berada di Sabah bagaimanapun akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis sebaik pulang ke Semenanjung.

“Kami akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan itu dan jika pasangan ini didapati memberikan keterangan palsu untuk merentas negeri, tindakan akan diambil mengikut Seksyen 22(d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil kesempatan di atas budi bicara pihak polis dalam memberi kebenaran merentas negeri bagi urusan perniagaan, kerja atau pun kecemasan,” katanya.

Terdahulu seorang aktres wanita bersama suaminya telah memuat naik beberapa rakaman foto dan video di akaun instagram sewaktu berada di Semporna, Sabah. Tindakan tersebut mengundang kecaman apabila mereka didakwa merentas negeri ke Sabah untuk berbulan madu, baru-baru ini.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…

17 hours ago
  • Trending

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…

18 hours ago
  • Trending

Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…

19 hours ago
  • Trending

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…

20 hours ago
  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

22 hours ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

22 hours ago