fbpx
Now Reading
Tahniah! Neelofa & PU Riz Selamat Bergelar Suami Isteri

Tahniah! Neelofa & PU Riz Selamat Bergelar Suami Isteri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Akhirnya selepas hampir seminggu berteka-teka mengenai hari bahagia mereka, pasangan selebriti Neelofa dan Pencetus Ummah (PU) Riz selamat disatukan pagi ini.

Bertempat di sebuah hotel di ibu negara, pendakwah muda PU Riz atau nama betulnya Muhammad Harris 26, selamat melafazkan akad dengan berwalikan adik kandung Neelofa, Mohd Aqief Mohd Noor dan dinikahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohammad Al-Bakri

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 32 menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin daripada pihak lelaki.

Menurut Neelofa, untuk hantaran pilihannya dan Haris hanya memberi yang wajib sahaja.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami. Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT, insyaAllah,” ujar Neelofa dan Haris.

“Kami hanya memberi yang wajib,bagaimanapun untuk mas kahwin saya telah menerima sebentuk cincin daripada pihak lelaki,” kata Neelofa dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Majlis tersebut yang berlangsung secara tertutup dalam norma baharu serta kawalan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat hanya dihadiri lebih kurang 150 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan rakan terdekat.

Tahniah buat Neelofa & PU Riz! Semoga bahagia hingga ke jannah. Amin..

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.