fbpx
Now Reading
Buat Challenge #BeforeSPMAfterSPM, Daiyan Trisha Kongsi Gambar Zaman Sekolah

Buat Challenge #BeforeSPMAfterSPM, Daiyan Trisha Kongsi Gambar Zaman Sekolah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Aktres Daiyan Trisha yang membawa watak Aaida Zubir dalam siri Projek: Anchor SPM, memuatnaik sebuah posting di laman Instagramnya baru-baru ini. Dia telah mewujudkan sebuah challenge untuk menggamit kembali memori-memori sewaktu di zaman belajar dahulu.

Hashtag #BeforeSPMAfterSPM digunakan beserta dengan perbandingan gambar-gambarnya dari zaman persekolahan pada 2010 dan dirinya sebagai Aaida dalam siri tersebut.

“Saya hanyalah seorang gadis biasa yang dibesarkan di Bandar Baru Bangi. Saya bersekolah di SMK Jalan Empat.”

“Saya mengambil SPM, bekerja sebagai waitress sementara menunggu keputusan, kemudian saya sambung belajar di UiTM. Sama je dengan korang!”

“Saya tidak tahu cara bermekap, bagaimana untuk perform, pose, atau stailkan diri sendiri. Tak sangka pulak sekarang Daiyan dah sampai sini.”

“Before SPM (2010) – after SPM (2020)”

Dia telah mengajak netizen untuk menyertai challenge tersebut. Beberapa orang selebriti turut tidak melepaskan peluang menyahut cabaran!

Syafie Naswip

Nadhir Nasar

Chubb-E

Aedy Ashraf

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.