Now Reading
Syabas! Yuna Jadi Artis Muka Depan Majalah Vogue Singapore

Syabas! Yuna Jadi Artis Muka Depan Majalah Vogue Singapore

Penyanyi kelahiran Malaysia yang semakin dikenali di Amerika Syarikat (AS), Yuna terus mencipta nama di persada seni antarabangsa apabila menjadi penghias muka depan majalah fesyen terkenal Singapura, Vogue Singapore.

Yuna atau nama sebenar beliau Yunalis binti Mat Zarai, lahir 14 November 1986, telah dipilih sebagai ‘cover girl’ untuk majalah fesyen antarabangsa itu bagi keluaran bulan April 2021. Edisi tersebut membawakan tema “rhythm”.

Yuna memperagakan pakaian daripada pereka fesyen terkenal Malaysia, Khoon Hooi. Manakala gambar muka depan majalah itu telah diambil oleh jurufoto terkenal iaitu Chee Wei.

Penyanyi yang sinonim dengan lagu Crush ini juga menceritakan tentang perjalanan karier muziknya yang membawanya ke peringkat antarabangsa.

Sebelum ini, penyanyi kelahiran Alor Setar, Kedah itu juga pernah menghiasi liputan fesyen dalam majalah antarabangsa yang lain seperti Vogue Arabia, InStyle dan Nylon. Sesungguhnya, Yuna amat membanggakan Malaysia apabila berjaya menempatkan dirinya dalam majalah fesyen berprofil tinggi antarabangsa.

Majalah Vogue Singapore edisi April 2021 ini boleh didapatkan di kedai-kedai buku bermula 1 April ini.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.