fbpx
Now Reading
Tahniah! Filem Miimaland Dibintangi Fattah Amin Menang Anugerah Di Kanada

Tahniah! Filem Miimaland Dibintangi Fattah Amin Menang Anugerah Di Kanada

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya industri perfileman tempatan semakin mendapat pengiktirafan dunia luar apabila filem Miimaland yang dibintang aktor terkenal Fattah Amin diumumkan sebagai Filem Seram Terbaik bagi kategori filem cereka di AltFF (Alternative Film Festival Spring 2021)

Berlangsung di Toronto, Kanada,  pada isnin lalu, Miimaland yang merupakan karya dan arahan Nevin Hiong berjaya menewaskan empat pencabar iaitu ‘Dead Destination’ dan ‘Faith’ dari United Kingdom, ‘Edwin’ (Kanada) dan ‘Thousand of Years’ (Amerika Syarikat).

Bukan itu sahaja, Miimaland turut memenangi satu lagi kategori apabila Nevion Hiong turut memenangi anugerah Pengarah Terbaik menerusi filem tersebut.

Menurut Nevin, 50, ‘team’ mereka hanya mencuba nasib dengan menghantar karya berkenaan ke beberapa festival filem luar negara, namun sama sekali tidak menyangka mereka akan beroleh kejayaan.

“Sebelumnya, filem ini mendapat kritikan daripada pengkritik filem di YouTube. Oleh itu, kami bangga dengan kemenangan ini kerana penting bagi pasukan dan pada masa yang sama kejayaan ini akan menjadi penanda aras untuk filem masa depan kami,” katanya kepada sebuah portal media tempatan.

Tambah Nevin, selain dari AltFF Alternative Film Festival, Miimaland juga tercalon dalam beberapa lagi estival filem antarabangsa seperti Portland Horror Film Festival, Brussels Independent Film Festival dan Europe Film Festival.

Filem ini secara ringkasnya mengisahkan sekumpulan pencipta kandungan yang menerima satu tawaran tugasan luar biasa bagi membuat aktiviti penggambaran di kawasan tapak taman tema hiburan yang terbiar lama iaitu Mimaland yang pernah terkenal sekitar 1980-an.

Namun sepanjang menjalankan misi mereka di sana, banyak perkara berlaku. Lebih memburukkan keadaan satu demi satu, ahli daripada kumpulan mereka meninggal dunia akibat mengunjungi tempat tersebut dan tanpa disedari mereka juga menyeru semangat mistik di sana.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.