
Sekian Lama Jadi Bualan, Minyak Wangi ‘DOSA’ By Wak Doyok Akan Dilancarkan Pada 3 April
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Sekitar awal bulan lalu nama usahawan dan personaliti fesyen Wak Doyok menjadi perbualan hangat netizen selepas dia berkongsi satu teaser minyak wangi ‘Dosa’ yang bakal dikeluarkannya.
Meskipun ramai yang berpendapat botol dan corak minyak wangi berkenaan dilihat mirip dan sama dengan jenama terkenal iaitu Dior Sauvage, Wak Doyok atau nama betulnya Mohd Azwan Md Nor kemudiannya tampil menjelaskan bahawa mereka sememangnya menggunakan botol sama yang dikeluarkan jenama berkenaan.
Akan dilancarkan pada 3 April 2021
Terbaru selepas hampir sebulan, jenama DOSA akhirnya akan dilancarkan secara rasmi pada 3 April 2021
Menurut Co Founder merangkap Creative Director Jenama DOSA, Fauzi Zulkifli, pelancaran tersebut akan diadakan menerusi akaun sosial media @dosawakdoyok.
Mengulas lanjut mengenai minyak wangi Unisex berkenaan, Fauzi menjelaskan DOSA sebenarnya membawa maksud DO Self Appreciation. Namun mereka terbuka sekiranya ada dikalangan pengguna yang ingin membuat tafsiran sendiri berhubung nama tersebut
Edisi terhad hanya 1,000 unit sahaja
Wangian DOSA By Wak Doyok ini juga adalah edisi terhad dimana pihak mereka hanya akan mengeluarkan 1000 botol sahaja.

Lebih menarik bauan yang mereka pilih bagi minyak wangi ini adalah antara tujuh bauan yang terbaik di dunia.
“DOSA membawa banyak maksud yang anda sendiri boleh tafsirkan, tetapi pada asalnya DOSA itu adalah akronim bagi DO SELF APPRECIATION.
“Bagi wangian DOSA by Wak Doyok ini, kita hanya keluarkan 1,000 botol sahaja. Memang limited sebab kita pilih daripada antara bau perfume 7 terbaik di dunia” kata Fauzi ketika dihubungi Buzzkini.
Bercakap mengenai botol yang dikatakan mirip Sauvage, Fauzi senada dengan rakan kongsinya, Wak dimana menurutnya reka bentuk botol berkenaan sebenarnya adalah biasa.
Ia juga tidak mempunyai reka bentuk unik atau khas seperti reka bentuk perfume Good Girl yang dikeluarkan oleh Carolina Herrera
“Secara umumnya reka bentuk botol ini biasa. Maksudnya tidak ada reka bentuk unik atau spesifik seperti reka bentuk perfume yang dikeluarkan oleh Carolina Herrera yang berbentuk kasut tumit tinggi atau mana-mana yang anda boleh bayangkan.
“Point saya disini, mana-mana brand sekalipun yang nak daftar IP atau hak milik cipta hendaklah mengeluarkan reka bentuk unik daripada reka bentuk biasa” katanya lagi kepada Buzzkini.
Harga RM89
DOSA By Wak Doyok akan dipasarkan pada harga RM89 dan boleh didapati di instagram rasmi @dosawakdoyok. Pembelian boleh dilakukan menerusi nombor whatsapp yang akan dikongsikan di bio instagram Wak Doyok dan DosaByWakDoyok .
Selain itu pembelian juga boleh dilakukan dengan menghubungi no whatsapp mereka di sini : http://www.wasap.my/60173930354/DOSA