fbpx
Now Reading
ABC Tersingkir, DSV Mohon Maaf Jadi Punca Gagal Ke Pentas Akhir

ABC Tersingkir, DSV Mohon Maaf Jadi Punca Gagal Ke Pentas Akhir

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Kumpulan ABC yang terdiri daripada Achok, Chiwan dan Cik B telah menjemput seorang ahli perniagaan terkenal, Dato’ Seri Vida sebagai tetamu jemputan ke pentas separuh akhir Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2). Walaubagaimanapun, mereka tidak berjaya untuk mara ke pusingan akhir berpunca dari gandingan kumpulan tersebut yang dikatakan kurang menjadi.

Baru-baru ini, DSV telah memuatnaik sebuah posting di laman Instagramnya untuk meminta maaf kerana tidak dapat membantu kumpulan tersebut untuk ke pusingan yang seterusnya. Tambahnya, dia berasa amat terkilan dan kesal kerana percaya bahawa penyingkiran tersebut terjadi berpunca daripadanya.

Katanya lagi, dia tiada niat untuk hadir ke sana untuk mencari populariti atau keseronokan, malahan untuk membantu kumpulan tersebut. Tetapi rancangannya itu tersasar walaupun mereka telah menjalankan rehearsal tanpa sebarang masalah.

“InshaAllah ada rezeki lebih lagi untuk Cik B dan semua ini ada hikmah.”

DSV tidak ketinggalan memberikan kata-kata semangat kepada Cik B dalam meneruskan kariernya dalam bidang seni.

“Saya rasa ini pengalaman saya yang terburuk sepanjang saya berada dalam bidang seni ataupun dalam penyiaran.”

“Saya terima, saya reda dan saya harap sokonglah Cik B punya kerjaya dan karier dan sokonglah apa sahaja yang Cik B dan saya buat.”

“Kepada Cik B anak Mama yang hebat, Cik B jangan down, InshaAllah ada rezeki lebih lagi untuk Cik B dan semua ini ada hikmah. Iringan doa Mama sentiasa ada bersama Cik B.”

MLS2 boleh ditonton secara langsung pada setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Warna dan Warna HD.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.