Fadzil Zahari Balas Tuduhan Netizen, Tak Perli Mana-Mana Pihak

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Baru baru ini, hangat diperkatakan di media sosial berkenaan satu posting yang dimuat naik oleh pelakon dan penerbit, Fadzil Zahari di laman Instagram miliknya.

Menerusi posting tersebut, Fadzul telah memuat naik satu foto yang telah disunting yang mempamerkan dia bersama isterinya yang juga merupakan pelakon, Yana Samsudin sedang berendam di dalam sebuah besen berisi air.

Foto tersebut turut disertakan kapsyen “Nak romantik di pantai takleh rentas negeri, rai sekadar mampu. Air haruman lavender bancuh sendiri,”

Perkongsian foto berkenaan ternyata menjadi bualan ramai apabila ada yang mengatakan Fadzil seperti mahu mempersenda rakan artis, Nonny Nadhirah yang sebelum ini telah mencetuskan kontroversi melalui foto berendam dalam baldi di posting Instagram.

Tidak mahu perkara ini berlarutan, Fadzil dilihat memberikan kenyataan balas berhubung isu tersebut di ruangan komen foto berkenaan.

Merujuk kepada pernyataannya, Fadzil berkata foto berkenaan bukanlah bertujuan untuk mengaibkan mana -mana individu. Malah, dia juga tidak menyebut nama mana-mana pihak.

Foto : mStar

“Salam Jumaat semua… Kat mana gambar ni mengaibkan orang? Takda aurat sesiapa pun dalam gambar ni.Takda nama sesiapa pun kat sini,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah didakwa telah berubah penampilan dan menarik perhatian selepas membuat beberapa posting foto seksi di Instagram.

Terbaharu, Nonny dipercayai telah memadam semua foto dirinya termasuk gambar profil. Namun,masih tiada lagi penjelasan yang dibuat oleh mana-mana pihak berkaitan isu perubahan drastik itu. Rakan-rakan rapat penyanyi tersebut juga berharap penyanyi itu berada dalam keadaan yang baik.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

20 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago