fbpx
Now Reading
Nadzmi Adhwa Surprisekan Isteri, Belikan Kereta Mewah Sempena Hari Jadi

Nadzmi Adhwa Surprisekan Isteri, Belikan Kereta Mewah Sempena Hari Jadi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Siapa sahaja yang tidak teruja untuk memberi kejutan kepada insan yang tercinta kan? Apatah lagi untuk hari istimewa seperti hari jadi mereka.

Pelakon Nadzmi Adhwa telah membuat kejutan untuk isterinya, Ardell Aryana sempena menyambut hari ulang tahun kelahirannya. Difahamkan Nadzmi membuat kejutan awal 10 hari dari tarikh yang sepatutnya kerana dia tidak mahu perancangannya itu dapat diketahui oleh Ardell.

Menerusi satu perkongsian di Instragram, Nadzmi telah memuat naik satu video momen semasa dia membuat kejutan berkenaan dengan menghadiahkan Ardell sebuah kereta Toyota Alphard berwarna hitam.

Menurut Nadzmi, kejutan tersebut adalah sebagai tanda terima kasih kepada insan tercinta itu kerana menjadi ibu kepada anaknya dan isteri yang sentiasa menjadi pembakar semangat.

Tambah Nadzmi hadiah tersebut juga sebagai menggantikan kereta kepunyaan mereka yang sebelum ini  digunakan sebagai pengangkutan bagi misi bantuan dan urusan perniagaan.

“Dia tak pernah sekalipun minta apa-apa dari saya selama ini. Susah senang saya dia selalu ada dengan saya.”

“Terima kasih kerana menjadi ibu pada anak saya dan terima kasih sebab menjadi isteri saya, pembakar semangat saya, pengingat saya, kekuatan saya dan orang yang paling bersabar dengan sikap saya,” ujarnya.

Ardell didalam video tersebut kelihatan begitu terharu dan sebak sehingga mengalirkan air mata sebaik sahaja melihat hadiah pemberian suaminya itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dilihat berkongsi rasa gembira dan turut mengambil peluang mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia dan dimurahkan rezeki.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.