fbpx
Now Reading
“Gemar menunjuk-nunjuk!” – Hattan Tegur Instafamous, Selebriti Menunjuk Dapat Rentas Negeri

“Gemar menunjuk-nunjuk!” – Hattan Tegur Instafamous, Selebriti Menunjuk Dapat Rentas Negeri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Mereka yang kerap melayari sosial media, pasti perasan antara topik paling panas dikalangan netizen kebelakangan ini adalah mengenai isu merentas negeri membabitkan selebriti dan instafamous.

Isu tersebut bukan sahaja mendapat perhatian netizen malah turut menarik perhatian penyanyi terkenal Datuk Hattan.

Hattan menerusi satu perkongsian di Instagramnya meluahkan rasa kecewanya dengan tindakan sesetengah golongan tersebut yang gemar menayang aktiviti-aktiviti mereka di media sosial untuk tontonan umum.

“Besok kau salahkan polis, Bukan salah dorang (polis), puncanya sikap Instafamous & selebriti. Kau dah dapat kebenaran mana kau nak melingkup, kau punya pasal.

“Bila kau dah dapat kebenaran tu, pandai-pandai lah jaga. Yang kau pergi upload semua benda pasal apa? Ini jadi jadi sikap tak bertanggungjawab, fikir secara waras! Gemar menunjuk-nunjuk” katanya.

Jelasnya lagi tindakan tidak bertangggungjawab ini mungkin memberi kesan kepada orang ramai dimana mereka tidak dapat pulang ke kampung sempena hari raya nanti.

Gemar menunjuk-nunjuk. Kesian la kat semua orang, Ramadan & raya dah nak dekat. Silap-silap tak boleh balik kampung.

“Puncanya benda-benda ba*g*ng macam ni la. Berhenti la perasan kita ni Instafamous, selebriti. Orang lain pun popular,” katanya.

Dijengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang dilontarkan Hattan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.