fbpx
Now Reading
Faizal Tahir Kembali Bergabung Dengan Mirwana, Hasilkan ‘Aku Tanpa Cintamu 2021’ [MV]

Faizal Tahir Kembali Bergabung Dengan Mirwana, Hasilkan ‘Aku Tanpa Cintamu 2021’ [MV]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peminat penyanyi rock terkenal, Faizal Tahir pasti tahu bahawa penyanyi ini suatu masa dahulu pernah menyertai kumpulan nasyid, Mirwana.

Malah wajah Faizal Tahir atau lebih dikenali dengan panggilan FT turut dapat dilihat menerusi Muzik Video (MV) single Mirwana iaitu Aku Tanpa Cintamu.

Terbaru selepas hampir 17 tahun berpisah dan bergerak solo, Faizal Tahir akhirnya kembali bergabung bersama Mirwana dan menghasilkan remake, Aku Tanpa Cintamu 2021.

Menurut FT, tujuan kolaborasi tersebut adalah sebagai tanda penghargaan beliau kepada kumpulan Mirwana.

“Tanpa Mirwana tiadalah Faizal Tahir. Saya cuma ingin mengembalikan nostalgia dan ini adalah satu penghargaan buat mereka.” kata FT dipetik dari Harian Metro

Berbeza berbanding lagu asal yang turut dinyayikan bersama Jay Jay, versi baru Lagu Aku Tanpa CintaMu yang pernah diangkat sebagai Lagu Nasyid Pilihan Anugerah Era 2005 menyaksikan ianya dinyanyikan kumpulan asal Mirwana bersama 3 anggota baru mereka.

Sebagai rekod FT keluar dari kumpulan Mirwana pada tahun 2005 sebelum menyertai One in A Million dan akhirnya mencipta nama sebagai salah seorang penyanyi tersohor di dalam negara

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.