fbpx
Now Reading
Hadiahkan Kereta Buat Mak Ayah, Eyra Hazali Mahu Terus Bahagiakan Ibu Bapa

Hadiahkan Kereta Buat Mak Ayah, Eyra Hazali Mahu Terus Bahagiakan Ibu Bapa

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam sesebuah keluarga. Tanpa mereka, kita tidak akan lahir ke dunia ini. Merekalah yang memberikan kita kasih sayang yang sejati hingga sanggup berkorban harta dan nyawa demi kebahagiaan kita.

Oleh itu, sebagai anak wajarlah kita sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati mereka seperti apa yang dilakukan oleh pelakon, Eyra Hazali yang baru sahaja menghadiahkan sebuah kereta pacuan empat roda jenis Proton X70 buat kedua ibu bapanya, Hazali Ramli dan Qhuzie Mohd Johari.

Menerusi gambar yang dimuat naik di dalam Instagramnya, Eyra mengatakan dia tidak sangka akan dapat menghadiahkan semua itu tetapi berkat rezekinya sejak awal tahun, Eyra bersyukur akhirnya impian membelikan kereta untuk ibu bapanya tercapai.

Foto: Instagram

Selain itu, Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali turut menzahirkan rasa syukur dan berazam untuk terus berusaha membahagiakan ibu dan bapanya.

“Alhamdulillah syukur, selalu tertanya2 bila la dapat belikan mummy and ayah kereta yg lebih selesa, siapa sangka, rezeki melimpah ruah pada awal tahun buat Young Living and selepas tggu dari bulan February, tepat pada masanya.”

“Alhamdulillah dapat serahkan sendiri dekat my parents (ada appointment doctor). Hadiah ni tak sebesar jasa mumy and ayah untuk besarkan kami 7 beradik,selagi ada kudrat,eyra akan buat apa saja untuk senangkan mummy and ayah.”

Suami turut membeli kereta baharu

Difahamkan suami Eyra Hazali iaitu pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli ini juga turut membeli sebuah kereta jenis Velfire bagi kegunaan kelurganya.

Pelakon yang memulakan kerjaya dalam bidang lakonan sejak berumur 11 tahun itu telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya pada 1 November 2019 dan dikurniakan seorang permata hati, Muhammad Hayder Qhalish yang dilahirkan pada 14 Ogos tahun lalu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.