fbpx
Now Reading
Wow, Netflix UK Dan Australia Dah Mula Tayangkan Upin Ipin!

Wow, Netflix UK Dan Australia Dah Mula Tayangkan Upin Ipin!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Siapa sahaja yang tak kenal siri animasi kanak-kanak Upin Ipin kan? Sejak mula disiarkan di kaca televisyen pada 2007, ia telah menjadi karya yang paling diminati oleh kalangan rakyat Malaysia.

Pencapaian hebat Upin Ipin menembusi negara jiran tiga tahun selepasnya merupakan satu kebanggaan kepada negara kita.

Foto: Marketing Interactive

Namun baru-baru ini, lebih mengagumkan apabila Upin Ipin mula ditayangkan di platform perkhidmatan penstriman terkemuka, Netflix di United Kingdom (UK) dan Australia kepada pelanggannya sejak 7 April lalu.

Menurut laporan Berita Harian, Pengurus Pemasaran Antarabangsa Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Karyabudi Mohd Aris, 39 menyatakan bahawa tawaran yang diberikan oleh Netflix UK dan Australia itu merupakan sebuah justifikasi tentang mutu karya Upin Ipin.

“Kami bangga apabila Netflix UK dan Australia mahu menayangkan karya kami di platform mereka. Secara tidak langsung, ini membuktikan kualiti kandungan kami dan petunjuk bahawa karya kami mencapai standard antarabangsa.

“Pada masa sama, ini menunjukkan penceritaan yang dipaparkan dalam Upin & Ipin boleh diterima pakai di mana-mana sahaja.”

Foto: My News Hub

Walau begitu, dia tidak begitu pasti sama ada Upin Ipin adalah animasi pertama yang berjaya menembusi platform Netflix kedua-dua negara itu.

Tetapi tawaran yang diberikan cukup untuk membuatkan dirinya berasa bangga saat mengetahui pihak sana sudi menerima kandungan yang telah diusahakan lebih satu dekad itu.

Foto: IDN Times

Upin & Ipin kini sedang menyiarkan musimnya yang ke-14 dan ditayangkan di Astro Prima (Saluran 105 HD).

Peminat dari UK dan Australia boleh menonton siri animasi tersebut mulai musim kelima hingga kelapan, serta musim ke-11 dan ke-12.

Siri ini juga telah ditayangkan di stesen televisyen Indonesia MNC TV.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.