fbpx
Now Reading
Pelakon Veteran, Abu Bakar Omar Meninggal Dunia

Pelakon Veteran, Abu Bakar Omar Meninggal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon veteran terkenal, Haji Abu Bakar Omar, 73, dilaporkan meninggal dunia pada jam 9.04 pagi ini di sebuah pusat perubatan di Kedah.

Berita sedih tersebut dikongsikan anak beliau Mohd Zainuddin menerusi satu perkongsian di laman Facebook miliknua.

Difahamkan jenazah akan disemadikan dan disolatkan di Masjid Al Ghufran di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru Jalan Pegawai Alor Setar Kedah selepas Solat Asar.

Perkara sama turut dikongsikan  penyampai radio dan pengacara Sharifah Shahirah menerusi laman Instagramnya.

Anak kelahiran Alor Setar ini, merupakan seorang pelakon yang disegani malah pernah membintangi beberapa filem hebat seperti Fenomena, Hingga Hujung Nyawa dan banyak lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.