fbpx
Now Reading
Fattah Amin Menang Aktor Terbaik Di World Film Carnival (WFC) Singapore

Fattah Amin Menang Aktor Terbaik Di World Film Carnival (WFC) Singapore

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Nampaknya filem seram tempatan Filem Miimaland, terus mendapat pengiktirafan antarangsa.

Jika sebelum ini filem tersebut memenangi anugerah di AltFF (Alternative Film Festival Spring 2021) Kanada menerusi kategori Filem Seram Terbaik dan Pengarah Terbaik, kini pelakon utama mereka, aktor terkenal Fattah Amin pula dinobatkan sebagai Aktor Terbaik di World Film Carnival (WFC) Singapore 2021.

Kemenangan bagi kategori bulan Mac itu diumumkan secara rasmi di laman sesawang WFC Singapore 2021 dua hari lalu.

Menerusi laporan BH! Fattah atau nama betulnya Abdul Fattah Mohd Amin  mengakui terkejut dengan kejayaan yang langsung tidak pernah dijangkanya. Namun suami kepada aktres Fazura itu menganggap itu adalah rezeki buatnya kerana dia baru pertama kali mendapat pengiktirafan di peringkat global.

“Saya dimaklumkan mengenai kemenangan itu oleh pihak pengurusan.

“Sebaik sahaja melihat nama tertera sebagai pemenang kategori Aktor Terbaik, saya jadi terkejut… Memang saya tidak sangka.

“Secara jujur, masih banyak lagi yang perlu saya belajar daripada bidang lakonan. Ini bukanlah yang terbaik.

Namun, saya anggap kemenangan ini rezeki kerana ini adalah julung kali lakonan saya mendapat pengiktirafan peringkat di antarabangsa,” katanya dipetik dari BH Online.

Berita kemenangan Fattah sebelum itu dikongsikan pihak penerbitan Miimaland iaitu Mico Studio menerusi satu hantaran di instagram mereka. Tahniah kepada Fattah Amin! Tahniah kepada produksi Miimaland!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.