fbpx
Now Reading
Tengking Dan Marah ‘Ibu’, Ramai Terpana Lakonan PU Azman Jadi Anak Derhaka

Tengking Dan Marah ‘Ibu’, Ramai Terpana Lakonan PU Azman Jadi Anak Derhaka

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Ustaz selebriti terkenal, PU Azman atau lebih dikenali sebagai Cik Man sering menghiburkan netizen dan peminatnya dengan telatah beliau yang bersahaja dalam menyampaikan dakwah.

Foto: IG PU Azman

Kerap menghoskan rancangan dakwah berbentuk hiburan, Cikman juga seawal kaereernya sudah berjinak-jinak dalam industri lakonan.

Namun siapa sangka, dengan karakter beliau yang sempoi dan bersahaja, PU Azman sememangnya seorang yang begitu berbakat dalam dunia lakonan.

Beliau yang sudah agak lama berjinak-jinak dalam industri lakonan baru-baru ini telah mengejutkan orang ramai dengan watak lakonannya sebagai seorang anak derhaka.

Menerusi video yang telah dikongsi semula di akaun Instagramnya, dia dilihat begitu mejiwai wataknya didalam sebuah drama bertajuk ‘Bila Syaitan Berbisik’ arahan Rashid Sibir.

Malah dia juga dilihat membawa watak yang begitu berbeza dengan dirinya didalam video tersebut dimana dia dilihat meninggikan suara terhadap ‘ibunya’ didalam drama tersebut.

Melalui kapsyen yang telah ditulis, dia berasa sangat berat untuk melakonkan watak itu kerana secara tidak langsung mengingatkannya kepada arwah ibu. Meskipun secara realiti Cik Man bukanlah seorang yang derhaka seperti watak itu, tetapi dia tetap berasa sedih dan sayu.

Berat aku nak bawak watak ni. Teringat arwah mak. Aku taklah derhaka sampai macam tu.

Cik Man dah jadi api

Rata-rata netizen memuji lakonan hebat ditonjolkan pada video yang dikongsi. Ada juga yang jelas terkesan dengan adegan dipersembahkan.

Bergegar satu rumah semalam

“Sentap pulak tengok babak ni…”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.