fbpx
Now Reading
Sekadar Tayang 1 Episod, Drama Nur Tak Capai ‘Standard’ Penonton Indonesia

Sekadar Tayang 1 Episod, Drama Nur Tak Capai ‘Standard’ Penonton Indonesia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kalau diimbas kembali, drama Nur pernah menjadi fenomena di negara kita pada 2018. Tetapi mengejutkan apabila cuma satu episod sahaja ditayangkan di stesen televisyen Indonesia, MNCTV sebelum ditukar dengan sinetron lain dari negara itu.

Drama terbitan Radius One itu katanya tak mencapai rating atau jumlah tontonan yang memberangsangkan.

Ikut citarasa penonton Malaysia

Menurut laporan Harian Metro, penerbit dan pengarah Nur, Shahrulezad Mohameddin berkata bahawa drama tersebut dihasilkan mengikut citarasa penonton rakyat Malaysia dan bukannya penonton di negara jiran itu.

Foto: Berita Harian

“Kalau betul Nur hanya ditayangkan satu episod saja pun, bagi saya tidak ada isu. Lagi pula saya menghasilkan drama ini mengikut selera penonton kita, bukan ikut kehendak penonton di sana. Jadi, apabila drama ini ditayangkan di sana, kita tak jangka ia akan diterima atau tidak. Selera penonton berbeza.

“Macam makanan juga, rasa sate kita tidak sama dengan sate di sana. Kiranya, tak boleh paksa untuk mereka terima karya kita. Jadi, saya tidak mahu komen soal selera penonton mereka.”

Foto: Budiey

Sinetron adaptasi daripada Nur

Menurutnya lagi, Indosiar, sebuah stesen TV di sana turut menyiarkan sebuah drama dimana ideanya diadaptasi daripada Nur iaitu Bismillah Cinta yang ditayangkan pada jam 7 malam.

“Banyak komen yang membandingkan drama ini dengan Nur. Bagi saya, kalau betul Nur tidak menarik, takkan mereka tiru kan? Lagi satu, berdasarkan respons mereka okay saja. Kalau berbalik soal ‘rating’ itu saya tak tahu. Jadi tak tahu nak cakap apa.

“Apa yang penting, idea drama Nur dan mesej dakwah yang saya nak sampaikan dalam drama ini diterima baik pengkarya di sana untuk diterbitkan menjadi drama lain pula.”

Sebelum ini, drama tersebut yang menampilkan pelakon Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Azhan Rani, Noorkhiriah dan ramai lagi itu ditayangkan di platform MNC Media bermula 13 April lalu.

Foto: Budiey

Ia merupakan sebuah projek kerjasama Sistem Televisyen Malaysia Berhad bersama MNCTV untuk memperkenal drama itu ke Indonesia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.