fbpx
Now Reading
Setelah 11 Tahun, Kwang Soo Ucap Selamat Tinggal Kepada Running Man

Setelah 11 Tahun, Kwang Soo Ucap Selamat Tinggal Kepada Running Man

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kepada peminat setia program Running Man, siapa je yang tidak kenal dengan Kwang Soo kan? Dia memang popular dengan panggilan ‘zirafah’, tak lain tak bukan sebab ukuran badannya memang tinggi.

Setiap aksi bersahaja dan lucu ditonjolkan pelakon dari Korea Selatan itu menyebabkan penontonnya tak kering gusi.

Foto: Life of Budak

Namun berita yang agak menyedihkan, menerusi laporan Allkpop, labelnya iaitu King Kong by Starship telah mengesahkan dalam sebuah kenyataan rasmi bahawa bintang itu akan meninggalkan Running Man setelah 11 tahun menaikkan rancangan itu hingga ke peringkat antarabangsa bersama dengan anggota yang lain.

Menurut Kwang Soo, dia mengambil tindakan tersebut disebabkan oleh faktor kesihatan yang tidak mengizinkan berikutan kemalangan dialami pada tahun 2020.

Foto: SBS

Pengundurannya dari rancangan tersebut bukanlah pertama kali terjadi kerana sebelum ini Kang Gary turut telah melakukan perkara yang sama untuk memberi fokus kepada karier muzik.

Episod pertama Running Man

Ketiadaannya dalam Running Man nyata akan memberi impak yang besar kepada penonton tegar dan peminat yang bakal merindui aksi bersahajanya. 

Walaubagaimapun, diharapkan Kwang Soo akan terus berjaya dalam kariernya di industri hiburan dan setiap aktiviti yang dilakukan selepas ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.