fbpx
Now Reading
Disney+ Hotstar Mula Bersiaran Di Malaysia Pada 1 Jun, Astro Jadi Pengedar Rasmi

Disney+ Hotstar Mula Bersiaran Di Malaysia Pada 1 Jun, Astro Jadi Pengedar Rasmi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya saluran streaming Disney yang begitu ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia iaitu Disney+ akhirnya akan mula bersiaran di negara kita tidak lama lagi.

Menggunakan nama Disney+ Hotstar, perkhidmatan penstriman kandungan video tersebut yang boleh diakses dari pelbagai peranti seperti telefon pintar, tablet, laptop, TV dan banyak lagi akan mula bersiaran secara rasmi pada 1 Jun 2021 ini dengan Astro dilantik sebagai pengedar rasmi mereka.

Menerusi satu kenyataan, Pengurus Besar Walt Disney di Taiwan, Hong Kong dan Asia Tenggara, David Shin, menjelaskan Disney+ Hotstar adalah destinasi penstriman untuk kandungan global dan Malaysia.

Ia menyatukan filem-filem pecah panggung Hollywood dan kandungan yang memenangi anugerah dari Disney, Marvel, Star Wars, Pixar, National Geographic, FX, 20th Century Studios dan banyak lagi.

Ia juga merangkumi tayangan perdana eksklusif dan tayangan pecah panggung dari studio terkemuka di Malaysia.

Pihak Disney turut mengumumkan harga langganan Disney+ iaitu RM54.90 untuk 3 bulan. Mereka bagaimanapun tidak berkongsikan harga langganan untuk 12 bulan ataupun 1 bulan seperti negara jiran Singapura dan Indonesia.

Dengan harga yang diumumkan, anda sebenarnya hanya perlu membayar purata RM18.30 setiap bulan untuk melanggan perkhidmatan tersebut. Dengar macam murah dah kan?

Boleh didapati dengan harga lebih murah bagi pelanggan Astro

Namun buat pelanggan Astro khususnya pelanggan ‘Astro Movies Pack’, ada berita baik untuk anda! Anda mereka boleh mendapatkan Disney+ Hotstar dengan harga lebih murah iaitu hanya dengan menambah RM5 sebulan dari bil semasa anda.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan dalam satu kenyataan turut memaklumkan pelanggan Astro yang lain juga boleh mendapatkan Disney+ Hotstar melalui ‘bundle’ nilai menarik yang lain.

“Kami gembira dapat menjadi pengedar rasmi Disney+ Hotstar di Malaysia dan akan mengagregasikan lebih banyak kandungan bertaraf dunia di platform kami.

“Tidak lama lagi, pelanggan dapat menikmati kandungan hebat dari Disney+ Hotstar,
tambahan kepada kandungan terbaik Astro, kandungan tempatan, karya asli yang memenangi anugerah, dan kandungan sukan yang tiada tandingannya, yang menjadikan kami destinasi hiburan yang tidak disangkal lagi oleh rakyat Malaysia.”

“Pelanggan ‘Movies Pack’ kami akan dapat strim hiburan bertaraf dunia di Disney+ Hotstar hanya dengan tambahan RM5 sebulan, sementara pelanggan selain ‘Movies Pack’ juga dapat menikmati Disney+ Hotstar melalui ‘bundle’ nilai menarik yang lain.

“Ini adalah permulaan yang baik untuk tahun penuh aksi di mana kami akan mengagregasikan perkhidmatan penstriman langganan video ‘on demand’ (SVOD), memberikan pelanggan kami pelbagai jenis hiburan untuk dipilih, yang memberi nilai
dan kemudahan.” kata Henry dalam kenyatan tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.