fbpx
Now Reading
“Jangan Marah Atau Kecam Orang Tak ‘Post’ Isu Palestin” – Zahiril Adzim

“Jangan Marah Atau Kecam Orang Tak ‘Post’ Isu Palestin” – Zahiril Adzim

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan rata-rata rakyat Malaysia ketika ini begitu geram dengan apa yang berlaku di Palestin.

Bukan sahaja orang ramai dan golongan pendakwah, malahan golongan selebriti dan influencer juga tidak terkecuali menggunakan media sosial mengutus tindakan kejam rejim Isral yang terus menerus menindas rakyat Palestin.

Namun ada juga segelintir dikalangan selebriti yang memilih mendiamkan diri dan tidak menyuarakan isi hati mereka secara terbuka sehingga ada dikalangan netizen yang mendakwa mereka seolah tidak ambil peduli dengan apa yang sedang berlaku di sana.

“Semua ada cara tersendiri”

Namun bagi aktor terkenal, Zahiril Adzim setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam mengambil berat akan nasib rakyat Palestin tanpa perlu membuat sebarang perkongsian di laman sosial.

Menerusi perkongsian di Instagram Story-nya, orang ramai tidak seharusnya menyindir dan memperlekehkan seseorang seolah tidak mempedulikan keadaan tersebut kerana tidak berkongsi mengenainya.

“Kalau orang itu tak kongsi apa-apa mengenai isu Palestin di platform media sosial dia, tak bererti dia tak kisah dan tak peduli.

“Tak payah kamu marah, kecam atau menganjing (menyindir). Jangan acah-acah. Relaks. Tenang.

“Masing-masing ada cara tersendiri. Mungkin dia pulun (berhabisan) dengan doa atau dia belanjakan wang ringgit dia untuk sumbangan secara diam,” katanya.

Tambahnya bukan seorang menghabiskan masa mereka di media sosial. Sebaliknya orang ramai seharusnya bersatu dan membangkitkan isu sebegini untuk mengelakkan pecah belah sesama sendiri.

“Bukan semua orang menghadap media sosial 24 jam macam kamu. Ini waktu umat Islam bersatu. Tak perlu bangkitkan isu remeh-temeh macam ni untuk berpecah-belah.

“Serius dik, jangan jadi Melayu bodoh waktu-waktu macam ini. Kita sama-sama berjuang cara kita okay? ‘Peace’,” katanya.

Solidariti dari kami buat Palestin

Menerusi satu lagi perkongsian di instagram feednya, Zahiril turut berkongsi satu video yang diambil dari aktor Fad Anuar memperlihatkan dia dan rakan-rakan selebriti ternama seperti Loque, Altimet dan ramai lagi memberikan kata semangat sebagai tanda solidariti mereka kepada rakyat Palestin.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.