fbpx
Now Reading
Neelofa & PU Riz Akan Didakwa Di Mahkamah Esok

Neelofa & PU Riz Akan Didakwa Di Mahkamah Esok

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas hampir tiga minggu disiasat berhubung perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) PKP pada 2 Mei lalu, pasangan selebriti, Neelofa dan PU Riz akan didakwa di mahkamah esok.

Difahamkan Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor atau Neelofa dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd. Ismail akan didakwa di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan pada jam 9 pagi esok di atas kesalahan ingkar SOP ketika merentas negeri.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Mohd. Fazley Ab. Rahman dalam satu kenyataan berkata kertas siasatan kes perlanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kedua-dua mereka telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan dikembalikan hari ini.

“Keputusan adalah kedua-dua mereka dituduh di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No. 4)(Pindaan)(No.12) 2021.

“Kedua-dua mereka akan dituduh di Mahkamah Majistret Seremban pada 20 Mei 2021,” kata Mohd Fazley dalam kenyataan tersebut.

Didakwa kerana gagal buat imbasan MySejahtera atau menulis secara manual

Tambah beliau, Neelofa dan suaminya akan didakwa atas pertuduhan gagal mematuhi SOP PKPB apabila gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual ketika masuk ke premis.

Manakala PU Riz akan berdepan satu lagi pertuduhan iaitu tidak memakai pelitup muka di tempat awam seperti ditetapkan dalam SOP PKPB.

Tambah beliau, jika didapati bersalah hukuman bagi bagi setiap pertuduhan adalah denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu nama Neelofa dan PU Riz hangat diperkatakan di media sosial selepas tular sebuah video yang diambil dari IG Story usahawan tersebut yang memperlihatkan pasangan berkenaan  sedang membeli karpet dipercayai di Nilai 3, Negeri Sembilan pada 2 Mei.

Dua hari kemudiannya, mereka dilaporkan hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Negeri Sembilan bagi membantu siasatan berhubung isu tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.