fbpx
Now Reading
Damian Mikhail Saran Golongan ‘Kayangan’ Yang Langgar SOP Dihukum Jalani Kerja Komuniti, Bantu Frontliners

Damian Mikhail Saran Golongan ‘Kayangan’ Yang Langgar SOP Dihukum Jalani Kerja Komuniti, Bantu Frontliners

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu membabitkan golongan ‘kayangan’ yang melanggar Produser Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan bukan lagi satu perkara baru didalam negara.

Baik dari golongan VIP, hartawan, selebriti dan instafamous, isu ini bagai sudah lali di kalangan masyarakat sehinggakan ada dikalangan netizen yang sudah mula berasa muak apabila isu sebegini berterusan dibangkitkan.

Malah isu ini turut mendapat perhatian beberapa nama besar industri hiburan seperti Dato Hattan, dan Iesya Toh yang secara terbuka mengkritik individu-individu terbabit.

Terbaru, penyayi dan komposer Damian Mikhail turut menyuarakan perkara sama terhadap golongan pelanggar SOP ini.

Namun dia dilihat sedikit berbeza apabila tampil memberi cadangan agar pesalah SOP yang terdiri dari golongan kayangan ini dihukum dengan kerja-kerja komuniti.

Menerusi satu perkongsian di Instagramnya, bekas penyanyi kumpulan VE itu menyarankan agar kesemua mereka yang melakukan kesalahan berulang dihukum menjadi sukarelawan dan ditugaskan di mana-mana hospital untuk membantu mengurangkan beban petugas kesihatan.

Jelasnya mengenakan kompaun buat satu hal besar buat individu-individu terlibat memandangkan wang bukan satu masalah buat mereka.

“Aku sarankan kat kerajaan, mana-mana individu golongan kayangan yang langgar SOP lebih daripada sekali, tak perlu saman-saman dah. Duit bukan masalah mereka” katanya di instagram.

Selain itu dia turut mencadangkan agar mereka dihukum mengenakan suit pelindung diri (PPE) sama seperti yang digunakan frontliners untuk satu tempoh jangka masa yang panjang.

Tambahnya lagi biar mereka(pesalah) tahu apakah perasaan menjadi frontliners yang tanpa henti berjuang dan berpanas menggunakan PPE demi menyelamatkan orang ramai.

“Lebih bagus bagi mereka ni pakai baju PPE dan jadikan mereka sukarelawan kat mana-mana hospital (untuk) tolong ringankan beban para Frontliners untuk satu jangka masa yang panjang”

“Kasi rasa panas pakai baju PPE, rasa penat, merasa tengok orang sakit & orang yang kehilangan ahli keluarga depan mata

Damian

“Kongsi sampai DS Ismail Sabri nampak”

Perkongsiannya mendapat respon positif dari orang ramai termasuk dari penggiat dunia hiburan. Ramai yang bersetuju dengan cadangan yang dikemukakannya, malah ada yang turut bersetuju isu ini diperpanjangkan kepada Menteri Kanan Keselataman, Datuk Seri Ismail Sabri

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.