fbpx
Now Reading
Hairul Azreen Bakal Bintangi Filem Aksi Antarabangsa, Berzerker

Hairul Azreen Bakal Bintangi Filem Aksi Antarabangsa, Berzerker

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peminat filem aksi tempatan pasti perasan yang aktor ,Hairul Azreen antara nama yang cukup sinonim dengan genre filem sebegini.

Berbekalkan pengalaman sebagai stuntman selain mahir dalam seni bela diri, namanya semakin bersinar menerusi beberapa filem seperti Polis Evo 2, Qhaliq, Paskal, Wira selain Bakara (Black Hawk Down versi Malaysia) yang dijangka menjalani penggambaran kelak.

Namun siapa sangka aksi mantap yang dipersembahkan Hairul menerusi filem filem tersebut khususnya Paskal dan Wira rupanya sudah dihidu dan dalam diam menarik perhatian seorang pengarah filem antarabangsa, Ranjeet S. Marwa.

Dan hasilnya, pengarah dari Birmingham, UK itu akhirnya sudahpun secara rasmi membawa Hairul untuk membintangi filem aksi terbarunya iaitu Berzerker yang dijangka akan menjalani penggambaran pada musim panas ini.

Secara ringkasnya, Hairul akan membawakan watak seorang bekas penjenayah, Noble, yang ingin membalas dendam terhadap mereka yang telah menyebabkan dia dipenjara.

Filem aksi/ thriller yang bakal menjalani penggambaran di Birmingham difahamkan akan dikareografikan oleh Kiran Pande, pereka lagak aksi dari Manchester yang terkenal dengan filem Redcon-1.

Menurut Marwa, filem ini disifatkan nya unik dimana dia akan menggabungkan elemen dari dua filem iaitu Blade Runner yang berkonsepkan sci-fi klasik,Blade Runner dan filem aksi Muay Thai, Ong Bak.

“I look forward to joining the Berzerker team in the UK. The story is great, the locations are great and director Ranjeet and I have been wanting to work together for a while. The opportunity arose with this project and thanks to Ranjeet and the producers that we can now officially begin production soon.”

Meskipun Berzerker bukanlah sebuah filem Hollywood, namun peluang Hairul yang mengimpikan untuk menyertai industri filem di sana semakin cerah dengan penyertaannya di dalam filem aksi Britain ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.